“Kerajaan sekali lagi bertindak terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Anwar dalam blognya mengulas pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn. Bhd.
Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus segera diambil. Rasuah, ketirisan harus dibasmi dan ekonomi negara harus dipacu dan dikendalikan oleh orang yang berkebolehan, bukannya oleh segelintir yang dekat dengan pemerintah.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 billion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn. Bhd. kepada RM10.3 billion dan melabur di dalam saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa mempersoalkan mengapa wang sebesar RM5 billion tidak diperuntukkan bagi merancakkan ekonomi negara seperti langkah “pump priming” atau insentif fiskal yang lain.
Katanya, ada dua isu besar yang dihadapi oleh rakyat iaitu kos hidup yang amat membebankan dan ekonomi yang lembab termasuk harga komoditi biasa.
“Langkah memperuntukkan RM5 billion untuk pasaran saham tetapi sepi dalam langkah-langkah meringankan beban rakyat dan merancakkan, adalah langkah berat sebelah,” katanya, baca lanjut dalam blognya. - mppas
1 comment:
Wahai..rakyat yg mencarum kpd KWSP..patut kita adakan himpunan besar2an di Pejabat KWSP saperti diThailand yg mana rakyat membuat bantahan...KWSP hanya bagi 5.6% bila yg lain boleh dpt lebih dari 8% bila ekonomi bagus.habis wang darah peluh kita
Post a Comment