23 October 2008

Ringkasan Sidang Media Ketua Pembangkang - Malaysiakini

PARLIMEN, 23 OKTOBER - KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan berhemah tetapi tegas mengupas secara terperinci dan menyeluruh tentang kepincangan dan defisit belanjawan negara yang wujud dalam kerajaan yang menerajui pemerintahan masakini. Betapa banyak kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Soal-soal kesihatan, pelajaran dan pendidikan, pembaziran kewangan, pertahanan negara, moral dan beberapa lagi isu yang berbangkit.

Apa yang di lihat oleh beliau ialah pembentangan belanjawan negara perlu suatu penyemakan semula oleh Menteri Kewangan khusus tentang pembelian kapal selam ’scorpene’, kos pembelian ‘Eurocopter’ yang ‘ambiguous’ yang begitu mahal; RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion oleh kerajaan Malaysia. Tidak kurang komen yang di tegur dengan perihal rasuah yang menjadi-jadi di kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia.

Anwar juga menempelak agihan kekayaan negara yang banyak di monopoli oleh kroni-kroni yang rapat dengan kepimpinan negara; khusus nanti dana sebanyak RM5 bilion yang bakal di masukan ke dalam kantung syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai penyelamat kepada beberapa syarikat pelaburan yang dalam kesulitan atau “nyawa-nyawa ikan” dan sedang dalam ’sufocation’ atau berada dalam kesesakan nafas.

Sidang media yang diadakan di lobi parlimen itu turut di sertai bersama oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar. - SK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese