30 October 2008

Ringkasan Parlimen: Anwar kecam kerajaan perjudi nyawa parajuit negara - Malaysiakini

PARLIMEN, 30 OKTOBER (SK) - KETUA pembangkang, Anwar Ibrahim melahirkan kekecewaan beliau dengan tindakan Menteri Pertahanan sebelum ini Najib Abdul Razak yang memperjudikan nyawa parajuit negara dengan meluluskan kontrak Eurokopter tanpa ujian fizikal.

Kekecewaan ini dinyatakan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu sidang media di ruang legar Parlimen tengah hari tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyifatkan pembelian berkenaan hanyalah sekadar dilihat dari dokumen yang disediakan tanpa ujian fizikal.

USUL tergempar YDP Putuskan isnin

PARLIMEN - YANG Dipertuan Dewan Rakyat akan memutuskan keputusan usul Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Usul berkenaan ialah membincangkan usul tergempar berkenaan isu pembelian Eurocopter, Maybank dan jalur lebar.

12pm (30 Oktober):
Pendirian Pakatan Rakyat Konsisten dalam isu 153.

Dalam membalas serangan Ahli Parlimen Pasar Salak (BN), Ahli Parlimen Ipoh Timur (DAP), Lim Kit Siang mengatakan pendirian yang konsisten daripada Pakatan Rakyat dalam soal Perlembagaan 153.

Iaitu:
-Mendaulatkan Raja-raja Melayu
-Mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi
-Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

mStar: Status usul Anwar tubuh Suruhanjaya Diraja Isnin depan

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese