02 October 2008

Penyokong Hindraf jumpa PM cetus 'kecoh' - Malaysiakini

TIDAK KETINGGALAN ... Seorang penyokong Hindraf bersama anaknya menyampai sekuntun bunga ros kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika hadir di majlis rumah terbuka hari raya Perdana Menteri dan menteri kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. Seramai 300 penyokong Hindraf hadir di majlis tersebut. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi.

Menurut saksi yang melihat tindak-tanduk mereka, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengahari untuk menyerahkan patung beruang dan kad Hari Raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang sedang menjalani tahanan.

Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat Hari Raya.

Abdullah memberitahu pemberita bahawa kumpulan itu mahu berjumpa beliau secara peribadi tetapi beliau tidak dapat bertemu secara khusus dengan manamana pihak kerana acara itu adalah rumah terbuka Hari Raya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese