Harapan Mohd Nashar, 29, ayah Sharlinie, budak perempuan 5 tahun yang hilang tanpa sebarang berita sehingga kini, adalah untuk mencari suasana hidup yang tenang dan lebih menjamin keselamatan keluarganya.
Usaha kerajaan melalui agensi Ketengah membina rumah, dihargai oleh Nashar, namun menurutnya, ‘rumah tidak membawa makna yang besar bagi keluarganya tanpa Sharlinie’.
Dari wajah Nashar sewaktu sesi foto penyerahan ‘simbolik’ kunci rumah yang dibina, jelas kelihatan luka dihatinya yang tidak mungkin sembuh kecuali Sharlinie pulang kepangkuannya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Nashar hanya senyum ‘sumbing’ (gambar atas) ketika menerima replika kunci rumah tersebut, di sudut matanya masih tergenang airmata kesedihan yang tidak dapat disembunyikan.
Sedang pihak lain yang
”Ia tidak dapat mengubati luka kehilangan Sharlinie, kami masih mengharap ‘dia’ akan pulang untuk berhari raya bersama kami,
“kami telah menyiapkan sepasang baju raya untuknya,”kata Nashar.
Kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah kanak-kanak yang ‘ghaib’ tanpa kesan menggambarkan betapa rapuhnya soal-soal keselamatan dan memperlihatkan satu kelemahan paling ketara kepada penguatkuasa terutamanya kepada pasukan keselamatan.
Sharlinie telah hilang pada 5 Januari lalu selepas pergi bermain bersama kakaknya, Syarliena di Taman Mainan Kanak-Kanak PJ Syeksen 2, Taman Medan pada jam 11 pagi.
Sekitar Jam 11.30 pagi, setelah menyedari kehilangan adiknya, Syarliena pulang memberitahu ibunya lalu membuat laporan dibalai polis pada jam 2.00 petang.
Tidak dapat dipastikan apa prosedur yang diambil oleh pihak keselamatan, namun secara logik pemikiran, kehilangan yang baru dalam masa 3 jam, sekiranya operasi pencarian dikerah sesungguhnya, kemungkinan tragedi
Selain Sharlinie, tragedi menyayat hati kesah Nurin masih dalam ingatan. Ia juga hilang tanpa kesan dan kembali kepangkuan keluarganya dalam beg sukan, dalam keadaan tidak bernyawa.
Antara tempoh Januari hingga Julai tahun lalu terdapat 34 kes kanak-kanak dibawah umur 9 tahun hilang lenyap, dan hanya 18 sahaja kes yang dapa diselesaikan.
Sehingga tempoh itu juga seramai 180 orang kanak-kanak disenaraikan oleh Polis DiRaja
BuletinOnline.Net
No comments:
Post a Comment