11 October 2008

Penglibatan pelajar Islam dalam perarakan Buddha dibantah - Malaysiakini

KANGAR, 10 Okt (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini menghantar memorandum membantah penglibatan pelajar-pelajar Muslim yang menyertai pancaragam sekolah mengiringi perarakan patung berhala Baddha yang diadakan Selasa lalu.

Dalam insiden 7 Oktober lalu, seramai lapan orang pelajar Muslim Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis (SMKPs) yang terlibat sebagai ahli pancaragam telah bersama-sama mengiringi perarakan upacara keagamaan tersebut bermula dari Tokong Sayur di hadapan bangunan KWSP ke tokong di Jalan Jubli Emas antara jam 9.00 hingga 9.30 malam.

Memorandum tersebut dihantar kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua SMKPs, Exco Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis, Jafperi Othman serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Abdul malik Hussin.

Keempat-empat memorandum tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman dengan diiringi Exco DPPPs dan kawasan.

Dalam memorandum tersebut, DPPPs melahirkankan rasa kesal terhadap pengetua SMKPs yang melibatkan lapan orang pelajar Muslim sebagai ahli pancaragam sekolah mengiringi upacara keagamaan tersebut.

DPPPs juga memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan soal aqidah umat Islam.

"Dan pihak kami terkilan dengan ketidakprihatinan ini serta kurangnya sensitiviti pihak sekolah dalam memahami dan membezakan perkara umum dan perkara keagamaan.

"Kami membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim kerana perkara ini boleh menjejaskan aqidah mereka dan telah mengguris hati ibu bapa mereka serta umat Islam yang menyaksikan perarakan itu khasnya dan seluruh penduduk Perlis yang meletakkan dasar negeri ini yang menjunjung tinggi al-Quran dan As-sunnah," kata Ustaz Ya'akub ketika membacakan intipati memrandum tersebut.

Selain itu, DPPPs turut menuntut pihak sekolah memohon maaf kepada ibu bapa atau waris para pelajar yang terlibat.

Di SMKPs, memorandum diserahkan kepada Penolong Kanan, Eniom a/l Endin kerana Pengetua sedang bercuti.

Eniom bagaimanapun menerima baik memorandum ini dan sedar akan kesilapan yang berlaku kerana membiarkan pelajar Muslim menyertai upacara terbabit.

Begitu juga, memorandum yang diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran, Abdul Hadi Harun serta Exco Agama diterima baik dan masing-masing berjanji untuk mengambil berat tentang hal ini.

Dalam pada itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga telah mengeluarkan surat bantahan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis berkaitan perkara yang sama.

Beliau turut membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim tersebut dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera memperbetulkan keadaan ini.

3 comments:

Totalcare said...

Didunia ini tuhan telah memberi semua manusia bebas menganut ugama apa pun. Semua ugama mengajar orang jadi baik, bukan islam sahaja. Jadi jangan jadikan isu ini terlalu sensitive kalau kita mahu hidup dalam masyarakat majmuk. jangan fikiran terlalu sempit. Kalau tidak boleh bergaul, perlulah hidup dalam kelompok tertentu sahaja.

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

Ok, sebelum saya mula memberi pandangan personal, haruslah dipahamkan yang saya ni amatlah respek dr. asri. Pandangan beliau sangat berbeza sekali dengan mufti mufti lain, adakala rasa hairan jugak kerana al-quran tu satu, kenapa pandangan beliau begitu berbeza? Saya rasa dukacita bila dr. asri memutuskan untuk tidak meneruskan kontraknya...manalah nak jumpe tokoh islam sebegini? susah, amat susah....

ok, balik topik pelajar islam tu...

persoalan pertama, adakah terdapat paksaan dari pihak sekolah?

persoalan kedua, adakah pelajar terbabit ketahui yang perarakan tersebut berbentuk keagamaan?

Kalo jawapan pertama Ya, maka, pihak sekolah perlu bertanggung jawap sepenuhnya...

Kalo jawapan pertama Tidak dan jawapan kedua Tidak, maka perlulah dicari siapa budak yang jahat tu...macam mana pun, penganjur perarakan tu patut meminta maaf secara terbuka...

Kalo jawapan pertama Tidak dan jawapan kedua Ya, maka, saya rasa isu ni tak perlulah diperbesarkan... Pasal akidah ni saya pun tak paham sangat, tapi kalo pelajar tu tak rasa perkara sebegitu mengugat keimanannya, maka mereka ni hanyalah berfungsi sebagai kumpulan pancaragam sekolah yang berpikiran terbuka dan professional...

terutamanya kalo perarakan itu berbentuk perarakan chingay seperti di johor dan pulau pinang...

sebenarnya pelajar tersebut patut di puji, kerana mereka menunjukkan yang agama Islam tidak esklusif, dan menampakkan keteguhan keimanan mereka...

lainlah kalo diorang mainkan lagu buddha dsb...

bagi saya, yang penting tu keimanan, akidah itu hanya lah aspek luaran. tapi masalahnya itulah yang dipentingkan kebanyakkan pengamal agama...

ni pikiran peribadi, harap janganlah jerit pekik pada aku...lagipun aku ni dah hampir pekak dah.....

KaKiaYam

Anonymous said...

Dear totalcare

100% agree with you. semasa saya belajar ada juga budak budak dari kaum lain duduk sama-sama semasa kelas agama, ini tidak membuat saya masuk islam tetapi dapat mengetahui apakah agama islam itu sendiri.

we have to be open minded.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese