13 October 2008

Pemuda PAS akan anjur himpunan raksasa bantah ISA - Malaysiakini

KUALA LUMPUR,13 Okt (Hrkh) - Satu himpunan raksasa akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS bagi membantah penggunaan Akta ISA pada 10 Januari 2009 jam tiga petang di Putrajaya.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, PAS telah mengambil ketetapan untuk terus konsisten bahawa ISA mesti dihapuskan.

Malah katanya, akta zalim itu kini bukan sahaja ditentang oleh rakyat bahkan turut dibantah oleh rakan-rakan di dalam komponen BN iaitu MIC dan MCA.

Pemuda PAS akan mengadakan himpunan raksasa bertemakan Hapuskan ISA, yang akan menghimpunkan hampir 100,000 rakyat untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan supaya akta itu dihapuskan.

Salahuddin juga yakin berjaya mengumpul dan menggerakkan rakyat seramai ratusan ribu itu berdasarkan pengalaman dalam Himpunan Bersih pada tahun lepas yang dianggap memberi desakan hebat kepada kerajaan.

"Dalam masa tiga bulan mulai sekarang kita akan gunakan masa ini untuk memobilisasikan rakyat, walau siapapun akan menjadi PM dalam terdekat ini akta zalim akan dihapuskan demi maruah rakyat,"katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Salahuddin turut memaklumkan pada November ini akan diadakan ceramah melancarkan himpunan raksasa itu.

Berhubung ketidakpuasan mahasiswa terhadap perjalanan pilihan raya kampus tidak lama lagi, Salahuddin akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengajian Tinggi pada 20 Oktober nanti.

Dalam pertemuan di Parlimen, Salahuddin akan menyerahkan memoradum menuntut satu pilihan raya kampus yang adil dan telus serta bersih.

Antaranya, kata beliau pilihan raya yang bebas daripada gangguan yang tidak bertamadun daripada pihak universiti termasuklah tidak menandatangani borang penamaan calon, dan rampasan komputer riba pelajar yang bukan pro aspirasi sebagaimana terjadi tahun sebelum ini.

"Pilihan raya kampus akan menentukan masa depan mahasiswa, jadi dunia kampus ini perlu bersih daripada elemen yang tidak bertamadun supaya dapat mewujudkan demokrasi yang tulen," katanya.

Bercakap soal peralihan kuasa pada Mac nanti, Salahuddin tidak berniat untuk campur tangan plan peralihan itu bagaimanapun beliau berharap situasi itu tidak akan menjejaskan negara.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dalam kesibukan negara menghadapi peralihan kuasa masalah besar rakyat tidak diselesaikan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Dalam kesibukan ini masa depan negara, kestabilan politik dan masalah isu besar rakyat seperti kenaikan harga barang di pasaran dibiarkan begitu sahaja, BN harus memberi tumpuan kepada rakyat walau apa pun yang berlaku dalam parti mereka" tambahnya.

4 comments:

Anonymous said...

Hidup ISA! Hidup ISA! Hidup ISA! saya sokong ISA! ISA perlu diteruskan sampai bila-bila.

Anonymous said...

tak payah datang, buang masa, tenaga dan wang ringgit aje. duduk rumah rehat dengan family lagi baik. betul ker sampai 100,000 rakyat ker 100 rakyat aje. jangan bohong lah tak ada siapa nak datang. ISA tu baik dan banyak faedahnya. patut diteruskan tak perlu nak mansuhkan.

Anonymous said...

Malaysia perlukan ISA!

Anonymous said...

ISA adalah ancaman kepada kestabilan negara dalam jangka masa panjang dan akan memudaratkan integrasi sosial. Begitu ramai yang telah dikenakan ISA dan ini membuka ruang satu kebangkitan dari tahanan-tahanan ISA yang pernah ditahan berteraskan PERJUANGAN RAKYAT dan NEGARA untuk memperkukuhkan aktiviti mereka bila mereka kembali semula ke masyarakat. Gabungan pengalaman bekas tahanan ISA amat bermakna dalam menyuntik kebangkitan rakyat. Dalam era Malaysia Baru, dunia tanpa sempadan, bangsa tanpa mengenal warna kulit, agama tanpa sekatan ideologi maka penggunaan ISA akan menyempitkan integrasi nasional, sekatan hak kemanusiaan dan yang paling berdosa sekali ISA bertentangan dengan mana-mana prinsip agama. Hapuskan ISA jika kita mahu negara ini aman makmur dan nilai kemanusiaan diangkat martabatnya dikacamata rakyat Malaysia dan dunia luar dimasa depan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese