28 October 2008

Pembelian Eurocopter: Kerajaan terpaksa akur dengan desakan pembangkang - Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pembelian Eurocopter buat masa ini kerana krisis kewangan yang dihadapi negara.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, rancangan pembelian eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.

“Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek-projek yang lain.

“Sementara itu, menjimatkan itu adalah amat penting pada waktu ini oleh sebab kita menghadapi satu situasi ekoran daripada kedudukan ekonomi yang bersabit dengan krisis kewangan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Katanya, keputusan penangguhan tersebut dibuat pada 13 Oktober lalu semasa mesyuarat Majlis Ekonomi.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan mungkin perlu menyemak semula pelaksanaan sesetengah projek utama termasuk pembangunan koridor ekonomi berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Bagaimanapun isu pembelian 12 Eurocopter EC-725 bagi menggantikan pesawat Nuri untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) timbul sebaik ianya diumumkan Abdullah pada 26 September lalu.

Tindakan Perdana Menteri ini memberi satu tamparan kepada Menteri Pertahanan lalu, Datuk Seri Najib Razak yang kini Menteri Kewangan.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid, berkata pihaknya akan meneliti isu pembelian helikopter Eurocopter pada mesyuaratnya akhir bulan ini kerana dipertikaikan banyak pihak yang mendakwa kerajaan membayar harga yang terlalu tinggi.

Isu berkaitan sebelum ini:

Isu Eurocopter yang dibangkit Ketua Pembangkang akan disiasat
Isu Melanda Bakal PM …. Anwar minta Najib disiasat
Ucapan YB Mahfuz Omar pada 24 Oktober 2008

Malaysiakini:

K'jaan tunda beli helikopter Eurocopter

Billion-ringgit chopper deal 'put off'

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese