14 October 2008

Pembangkang cadang Akta Monopoli,elak kroni bolot ekonomi - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Hrkh) - Pembangkang mencadangkan supaya parlimen membentangkan akta monopoli agar ekonomi negara tidak didominasi oleh kroni dan keluarga pemimpin negara sebagaimana berlaku sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata dengan adanya akta itu usaha monopoli projek kerajaan dapat dibanteras.

"Dengan adanya akta tersebut kegiatan monopoli projek jalan, besi dan lain-lain dapat dihalang," katanya ketika membahas bajet 2009 di Dewan Rakyat sehingga lewat petang semalam.

Beliau turut memperingatkan bahaya monopoli terhadap projek kerajaan kerana ia menghalang rakyat dan syarikat berkelayakan mendapat projek untuk bersama menyumbang ke arah kemjuan dan pembangunan negara.

Katanya, tindakan monopoli di kalangan keluarga dan kroni pemimpin politik kerajaan, boleh menghalang daya saing di kalangan rakyat berbilang kaum dalam bidang ekonomi negara.

Selama ini banyak projek kerajaan dilaksanakan melalui sistem runding terus. Syarikat-syarikat kroni dan keluarga pemimpin Barisan Nasional (BN) mendapat keuntungan dari pelaksanaan sistem itu sama ada ia berkelayakan atau sebaliknya.

Banyak wang rakyat telah dibazirkan dengan pelraksanaan sistem tersebut kerana harga projek lebih mahal dari harga sebenar akibat amalan rasuah di kalangan mereka.

Katanya, dengan pelaksanaan sistem tender terbuka, wang rakyat banyak dapat diselamatkan dan projek yang dilaksanakan lebih bermutu.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese