Pada 13 Oktober 2008, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana orang yang tidak mempunyai lesen daripada menerima, mengambil atau setuju menerima deposit, manakala Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 melarang mana-mana orang daripada terlibat atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat melakukan kegiatan pengubahan wang haram.
Serbuan telah dibuat di premis syarikat-syarikat tersebut di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat-syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) BAFIA 1989 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan yang dianjurkan melalui Internet, panggilan telefon, atau seminar oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.
[Berita ini pasti mengejutkan, kerana kami tahu ramai dikalangan kita juga yang terlibat dengan syarikat terbabit terutamanya Buluhmas. Awal-awal lagi kami sudah syaki syarikat terbabit menipu apabila pengiklanan yang dibuat tidak mengikut apa yang dinyatakan. Apa yang jelas lebih kepada pelaburan (Investment) semata-mata. Jika dulu skim pelaburan dibuat menerusi internet namun kini, kaedahnya lebih terkini dimana ada syarikat, ada projek yang nyata, ada lesen, ada premis dan macam-macam lagi. Namun, kesalahannya adalah tetap sama iaitu pengambilan deposit secara haram. Ini harus diberi perhatian oleh semua. Janganlah hanya mengejar kekayaan yang seketika akhirnya kita ditipu buta-buta. Buat semua sahabat yang telah melabur dalam syarikat terbabit, semoga berita ini dapat diterima dengan tenang hati] - Pahangdaily
2 comments:
Assalamualaikum kepada tuan empunya blog.
Nak tanya sedara, tang mana nyer yang syarikat2 melayu ni wat tak betul? Apa bukti nyer? Setakat berita dari Utusan Meloya tu mang lari dr track larr....pelik ek. Kalo orang melayu nak maju jer, ade jer melayu lain yang dengki. Rakyat susah, kerajaan pun tak boleh tolong cam syarikat ni buat. Ada syarikat melayu nak tolong orang susah, asyik kene band je. Nak pawah lembu pun berdosa ke? Tolong i.k.s pun haram ke? Apa kes?...Selamat hari raya & maaf zahir batin.
salam ahli blog...
tekezut den dgn berito arini...tp den xkisah.den cuma tekezut dgn kata2 ekau yg berbunyi "Janganlah hanya mengejar kekayaan yang seketika akhirnya kita ditipu buta-buta". den konpius-musykil sbb den raso ado syarat2 perjanjian yg dpersetujui bersamo2...den harap ekau cek botol2 dgn berito pagi ni...dari den yg duk duduk di sobolah senawang...maap den kato
Post a Comment