Pas negeri Terengganu hari ini telah membantah keras langkah kerajaan negeri yang meneruskan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akhir tahun ini. Menurut Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali berkata kejohanan tersebut tentunya menimbulkan tanda tanya kerana kejohanan tersebut sememangnya suatu acara membazir.
Tambahnya lagi walaupun ia dikatakan tidak menggunakan wang kerajaan negeri namun kesan secara keseluruhan kejohanan terhadap rakyat akan dipersoalkan.
`` Pas hairan kenapa ia diteruskan sedangkan banyak pihak sering mempersoalkannya,'' katanya semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas negeri di perkarangan pejabat Pas Negeri di sini hari ini.
1 comment:
Hai baru sekarang PAS nak bantah Monsoon Cup? Yang dulu2 tu apa sebab senyap je Cikgu Pa? PAS Terengganu baru bangun tidur ke? atau oleh kerana sesuatu yang lain......
Post a Comment