KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang dikenali dengan gelaran “Puteri Reformasi” sejak sedekad lalu, optimis sasaran ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pusat baru di bawah Pakatan Rakyat.
Beliau yakin ia akan menjadi realiti, kemungkinan besar sebelum pilihan raya umum ke-13.
Nurul Izzah yang menyertai politik selepas Anwar dipecat dan dihadapkan ke mahkamah juga menolak andaian bahawa pihak pembangkang bertindak dengan “terlalu gopoh” dalam mencapai sasaran berkenaan.
“Kami sering dikritik kerana bergerak terlalu lambat… memang ramai yang mahu tarikh 16 September dilaksanakan dengan cepat.
“Kami mahu mengikut cara berhemah dan menghormati Perdana Menteri, dan mahu beliau mengadakan perbincangan dengan pembangkang,” kata beliau kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.
Nurul Izzah yang bertanding kali pertama dalam pilihan raya Mac lalu dan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali berkata, secara peribadi beliau yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku.
“… tidak kira masa. Pada saya mereka boleh melakukan pelbagai cara untuk menahan, melengah-lengahkan lagi tetapi bagi saya perubahan akan tetap berlaku.
“Saya rasa kemungkinan besar (sebelum pilihan raya akan datang). Apa pun kita akan terus dengan agenda kita, terusakan usaha,” kata beliau dalam pertemuan di kediaman Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Segambut.
Ibu Nurul Izzah, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan anggota Dewan Rakyat sehingga Ogos lalu.
Kerusi itu dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Anak sulung Anwar ini menjelaskan, usaha membentuk kerajaan baru perlu dipercepatkan bagi membolehkan perubahan-perubahan politik dan ekonomi yang diinginkan boleh dilaksanakan dengan segera.
“Kalau hendak tunggu lama, banyak benda yang tidak boleh dibaiki lagi…. kerana itu lebih cepat peralihan kuasa, lebih mudahlah untuk melakukan perubahan,” katanya lagi.
Dalam temu bual ini Nurul Izzah menyentuh pelbagai aspek termasuk perjalanan kerjaya politik beliau sejak sedekad lalu.
Beliau yang turut optimisi dengan arah aliran politik negara ini menekankan bahawa rakyat Malaysia sudah mula bersedia melangkaui politik perkauman.
“Saya berasa optimis. Pada saya kejayaan PKR, kejayaan PKR itu, penting bukan kerana saya ini adalah pihak yang berkepentingan, tapi kerana ia memandakan bahawa Malaysia, rakyat Malaysia bersedia melangkaui politik perkauman kepada masa depan yang dapat menjanjikan… bila kita fikir poliitk itu, kita fikir pada isu, tak lihat ini politik untuk orang Melayu, ini politik untuk orang Cina, ini politik orang India.
“Melihat politik di luar kaca mata ras… inilah kekuatan Keadilan dan elemen itu yang perlu ada, perlu diambil oleh semua pihak,” ujar beliau.
2 comments:
aiya...sebelum p/raya ke 13 pulak...
dulu kata sebelum mac tahun depan?
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
Wahai anak pada Anwar Ibrahim, sila beritahu ayahanda bahawa si Najib Razak akan di lantik sebagai Perdana Menteri.
Si Mukhriz akan di lantik sebagai Ketua Pemuda.
Dan si Dr Mahathir adalah menjadi Super Menteri yang sebenarnya memerintah Malaysia selama ini.
Terlalu ramai ahli Politik, Biznes, ahli PTD, ahli itu dan ahli ini TERHUTANG BUDI pada Dr Mahathir.
Selagi Dr Mahathir hidup mereka tetap akan memerintah Malaysia.
Polis, Hakim2, AG, PTD , UMNO , Askar tetap akan menghalang Anwar Ibrahim.
Post a Comment