20 October 2008

Ibrahim Ali Wajib Meletakkan Jawatan - Malaysiakini

Sejak awal saya tidak berminat dengan Ibrahim Ali ekoran karektornya yang gemar "cakap lepas" dan kasar dalam memilih istilah untuk dilafaz samaada dalam ucapan umum mahupun sewaktu berbual biasa .

Namun bukanlah itu menjadi sebab saya mengulas mengenainya di sini . Soal peribadinya saya kira telah disedari atau diketahui oleh umum . Cuma apa yang ingin saya sentuh ialah berkait dengan sikap dan pemikiran politiknya.

Beliau berkemungkinan besar tidak mengenali saya , tetapi saya tentu sahaja ingat dan kenal beliau sebagai "tokoh popular" dalam politik tanahair.

Sokong ISA.

Sudah banyak kali saya mendengar dari perbualan rakan - rakan mengenainya yang banyak menimbulkan "karenah" di Parlimen mahupun di luar parlimen . Malah sesekali saya sempat mendengar ucapan beliau yang disiar di kaca tv .

Sehinggalah beliau membuat sokongan terbuka terhadap ISA , membuatkan saya tidak mampu lagi memandang kosong melainkan saya terpaksa mendesak malah mencabar agar beliau segera meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas bagi membolehkan rakyat khasnya pengundi di Pasir Mas membuat penentuan semula secara jelas siapakan yang benar - benar layak mewakili mereka di Parlimen .

Beliau bertanding atas tiket PAS . Walau beliau berkali - kali menegaskan bahawa beliau tidak mewakili PAS sebaliknya BEBAS yang menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya umum yang lalu , tetapi realitinya rakyat memilih ( mengundi ) beliau berasaskan parti atau lambang parti yang beliau wakili dalam pilihanraya .

Tentu sahaja pihak PAS terutamanya PAS Kelantan mempunyai persefahaman dengan beliau sewaktu membenarkan lambang PAS mewakili beliau dalam PRU yang lalu . Tetapi , melalui "karenah" dan sokongan terbuka beliau terhadap ISA ( sebuah akta draconion ) maka saya melihat beliau telah melanggar malah mengkhianati "persefahaman" dengan PAS yang mana lambang PAS dibenar guna kepada beliau dalam PRU tempohari .

Mungkin tiada persefahaman rasmi seperti menandatangani MOU antara PAS dengan beliau ( saya tidak pasti mengenainya ) tetapi apabila beliau bertanding diatas tiket PAS , sekurang - kurangnya beliau mesti memahami dan menghormati pegangan , dasar serta prinsip perjuangan PAS . Antaranya ialah PAS sangat konsisten menentang ISA .

Apabila Ibrahim Ali membuat sokongan terbuka kepada ISA , sudah tentu ia melukakan perasaan ahli - ahli PAS malah pimpinan PAS jua , terutama YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyid Am PAS sementelah pula anaknya Ustaz Nik Adli pernah menjadi mangsa kezaliman akta primitif ISA tersebut .

Ibrahim Ali : Jika bermaruah sila Letak Jawatan

Rakyat secara umumnya sebagaimana yang saya sebutkan tadi pastinya mengundi Ibrahim ALi dan membawa kemenangan kepada beliau kerana mengenangkan beliau bertanding di atas tiket PAS .

Atas semangat rakyat mahu mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan , rakyat kelantan khasnya Pasir Mas sedia melupakan individu yang bertanding tetapi lebih melihat kepada parti yang diwakilinya. Tanpa saya menafikan bahawa mungkin ada faktor individu atau tokoh yang bertanding itu menyumbang kepada kemenangan .

Tetapi , untuk lebih adil dan memastikan benar kemenangannya solid bukan faktor PAS sebagai parti yang diwakilinya sewaktu bertanding , lantaran itulah beliau tidak teragak - agak untuk berbeza malah bertembung sikap dan prinsip dengan PAS , saya desak agar Ibrahim Ali letak jawatan kemudian turun bertanding semula dalam pilihanraya kecil dan kali ini beliau di atas tiket beliau sendiri iaitu BEBAS .

Saya cadangkan kepada PAS agar sudi memBEBASkan Ibrahim Ali dan saya juga percaya Ibrahim berani untuk mewakili BEBAS lawan PAS sebab beliau adalah anak jantan .

Kita boleh bersama sebagaimana kita bersama rakan - rakan parti kompenan dalam PAKATAN apabila kita boleh menghormati dan memahami ( bersefahaman ) dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip bersama .

Tetapi , saya melihat Ibrahim Ali telah banyak kali menyerang PAKATAN dan pimpinannya secara terbuka dan ini termasuk dalam karenah yang saya maksudkan tadi disamping sokongan beliau terhadap ISA menunjukkan tiadanya persefahaman antara PAS dengan Ibrahim Ali . Atau mungkin saya yang tidak faham isu ini , wallahualam . Saya mohon mencadang ...... - Ustaz Nasrudin Tantawi

1 comment:

Anonymous said...

ibrahim ali merupakan seorang ahli politik yang hipokrit dan tidak layak langsung menjadi ahli parlimen.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese