Lim yang membuat dakwaan tersebut ketika membahaskan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam memetik sumber dan menegaskan kepada Dewan Rakyat bahawa Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut pada Julai.
Menurut Lim, beliau mendapat tahu yang Ketua Peguamcara Negara membuat kesimpulan bahawa Peguam Negara memang telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka bukti terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Dakwaan peguam Negara, Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mereka-reka bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu timbul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara.
Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan ‘mata lebam’ yang membabitkan Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen tersebut, bahawa Abdul Ghani telah melengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting dalam kes tersebut daripada pengetahuan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah. Abdul Ghani ketika itu adalah Timbalan Kanan Pendakwaraya.
Anwar telah membuat dakwaan yang sama terhadap Abdul Ghani dan Musa dalam laporan polisnya Julai lalu.
Musa telah memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dan Abdul Ghani belum mengambil tindakan lagi.
SEMENTARA ITU, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz menafikan dakwaan bahawa kes siasatan ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar sudah selesai dan hasil laporan itu mendapati terdapat elemen penyalagunaan kuasa oleh Peguam Negara, Tan Sri abdul Ghani Patail.
Datuk Nazri berkata, siasatan kes itu masih dijalankan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan ia bukan dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara seperti yang didakwa Lim Kit Siang pada sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.
“Ini tidak wajar kerana berdasarkan kepada peraturan kehakiman asli. Tidak wajar bagi seseorang daripada Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan berkenaan kerana beliau akan menyiasat bosnya sendiri menyebabkan penyiasatan jadi tidak adil,” kata kepada sidang media di lobi Parlimen.
– Rujuk Sinar Harian 16 Oktober 2008
No comments:
Post a Comment