16 October 2008

"KDN tidak adil " - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Kumpulan Hindraf yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa semalam, menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak adil.

Mstar melaporkan, tindakan itu tidak adil kerana Hindraf tidak terlibat dalam perbuatan jenayah ataupun melanggar apa-apa undang-undang, kata Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran.

Bagaimanapun pihak berkenaan tidak mahu mengulas lanjut, sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan hari ini.

"Kami hanya akan mengulas esok (hari ini). Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu.

"Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat," kata beliau ketika dihubungi.

Kerajaan mengumumkan keputusan itu sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan polis kelmarin berhubung tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu dan didakwa menimbulkan kekecohan.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa semalam setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," kata Syed Hamid Albar.

Hindraf dibentuk dengan keanggotaan kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan agama Hindu dan telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 25 November lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.

Bagaimanapun perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Rentetan daripada itu lima pemimpinnya kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PRESS STATEMENT

RE: COWARDLY ACT BY THE UMNO LED GOVERNMENT TO SUPPRESS AND OPPRESS MALAYSIAN INDIAN MINORITY

Declaring Hindraf as an illegal organization will in any case not banish the spirit that created Hindraf . Hindraf represents a very deep feeling experienced in the hearts and souls of millions of Indians both locally and Internationally.

This dastardly and ludicrous attempt by the Home minister to declare HINDRAF as an illegal organisation clearly indicates that the UMNO led government is at the end of their wit and shows that Malaysia is indeed a police state under the pretext of democracy.

- hindraf>>>

Waytha Moorthy
HINDRAF – CHAIRMAN

1 comment:

balan said...

Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

(AUg/Sept/Oct Archive)

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese