18 October 2008

LAGI CERITA NEGARAWAN IBRAHIM ALI? - Malaysiakini

Ibrahim belasah Anwar, puji diri sendiri, Cadang PM Hj Hadi

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, membelasah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memuji dirinya sendiri dan mencadangkan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri, ketika membahaskan usul bajet 2009 di Parlimen

Ibrahim yang bangun berucap kira-kira jam 5 petang memperkenalkan dirinya sebagai Ahli Parlimen yang tidak terikat kepada mana-mana parti.

“Saya tidak terikat dengan mana-mana pihak, saya nak cakap perkara benar, pendirian saya. Tetapi, jika nak pilih parti, bila Allah bagi hidayah, saya akan buat pilihan,” katanya.

Ibrahim yang terkenal dengan ‘mulut berus’, pedas memulakan ucapannya dengan sindiran sinis terhadap Anwar yang dianggap tidak memiliki sifat sopan santun dan memperlekehkan orang lain.

“Saya melihat Ketua Pembangkang seorang yang sombong dan angkuh apabila memperlekehkan Ahli Parlimen BN yang bertanya soalan, sepatutnya, dia memberi ruang dan jawab dengan baik.

Tanpa rasa malu, beliau juga mengangkat dirinya telah menjadi seorang negarawan.

“Kita sebagai pemimpin jika rasa diri hebat betul, canggih, kita akan melayan soalan ini dengan sopan-santun dengan tidak perlekeh orang, melainkan jika soalan itu sengaja nak kena orang... itu cara saya.

“Saya sudah sampai ke peringkat negarawan, jika kita jadi negarawan jangan perlekeh orang.,”katanya menuji dirinya sendiri.

Walaubagaimanapun beliau mengkritik menteri dan ahli parlimen penyokong kerajaan yang hanya makan gaji tetapi tidak melaksanakan tugas dengan betul.

“Saya lihat penyokong kerajaan dan menteri sepatutnya bergilir-gilir masuk dalam (Dewan) tetapi ada yang minum di luar berjam-jam, mereka mendapat gaji lebih dan sepatutnya duduk di dalam.

Kemudian, tanpa berselindung, Ibrahim membuat kejutan apabila mahu Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menjadi Perdana Menteri (jika Pakatan Rakyat) membentuk kerajaan nanti.

“Saya nak cadang (Abdul) Hadi jadi PM (Perdana Menteri), pada saya pemimpin besar ini bukan saja bersih tetapi mesti dilihat bersih, tetapi moral dan akhlak mesti bersih, saya sokong (Abdul) Hadi sebagai PM.

“Pas memperjuangkan Islam, tentu saya menyokong sebab nak laksanakan Islam, saya harap pembangkang tidak melenting sebab nak cari kebenaran,” katanya – Sumber Harian Metro

Lagi... Tranungkite:
Ibrahim Ali nak Masuk Umno dah
Suara Songsong Dari Pasir Mas

8 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Eloklah Ibrahim Ali masuk UMNO kalau dia rasa PAS dah nak masuk DAP.

raja said...

mamat katak kangkong tak habih-habih nak kutuk dsai dahlah dapat habuan dari umno mana tau bila najib jadi pm mamat ni jadi timbalan pm, dasar baruah umno.

Anonymous said...

Saya cadangkan UMNO untuk rekomen Ibrahim Ali untuk Nobel Lourete...............

Anonymous said...

Dear Thinking of Life
ASSALAMUALAIKUM

Datuk Ibrahim Ali ni sebenarnya gurkha UMNO, dulu, kini dan selamanya. Saya sendiri saksikan gelagat beliau walau di tanah perkuburan sewaktu pengkebumian seorang bekas wakil rakyat S46 dulu.

Orang macam dia ni kekal hidup dalam suasana dan sistem yang kita alami hari ini. Tak payahlah PAS atau mana-mana parti pembangkang beri dia laluan lagi.

Saya pelik bila PAS beri dia laluan untuk bertanding dalam PRU 12 lalu. Cuba selidik siapa yang membuat keputusan itu didalam PAS.
Maka manusia macam ini akan tetap hidup subur dalam kancah politik orang Melayu....apakah hasilnya ada orang seperti dia?. Tanpa dia, Melayu boleh hancur?. Fikirlah.

Ikhlas

The Mind!

Anonymous said...

Ibrahim Ahli Boleh Jadi Kaki bodek no 1 di dunia...saya masih ingat ketika kunjungan DR,M ke Kbharu...bukan main kaki bodek tapi gagal juga kepada Anuar Musa....

Anonymous said...

Salam kepada "The Mind!"
Apa yang anda sebutkan tu saya sokong sangat. Saya juga terkejut besar apabila PAS bagi laluan kepada Ibrahim Ali ni. Nampak sangat yang PAS ini sangat senang di perbodohkan. Apa tidak nya - lihat sahaja lah apabila Ezam keluar PKR - sambutan hebat yang diberi PAS kepadanya bukan main lagi - dan Mat Sabu pun bawaklah dia ni keliling negara berceramah. Sekarang apa dah jadi? Semua mulut melopong bodoh. Bila pemimpin PAS di tegur jawapan yang diberi bukan main lagi - kononnya yang kita ni tak tahu berpolitiklah dan macam2 lagi. Macam "Tukar Tiub" suka melakukannya - kah kah kah kah. Sekarang siapa yang bodoh berpolitik? Tengok saja puak2 PAS Terengganu yang dikepalai Mustafa Ali dan rancangan yang di gerakkannya secara suli dan penuh muslihat. Kah kah kah kah. Padan lah PAS Terengganu dapat pegang kuasa satu penggal je! Pasal pandai sangat berpolitik le tu. Kah kah kah kah - hingga Ust Nasa pun terikut-ikut siCikgu Pa ni. Sekarang dah putar balik cerita nak sokong Pakatan!
Saya ingat PAS ni kalau nak berjaya, kena buang habis semua pemimpin yang ada dan minta Tuan Guru Nik Aziz bimbing balik PAS ke jalan yang betul. Tok sah dengar lah politik PAS Terengganu ni !

Anonymous said...

Dear Thinking of life dan Salam kpd anonymous,

Cerita politik ni, memang ramai yang pandai. Ada yang baru berumur 40 tahun tapi cakap dah paham politik (UMNO) sudah 80 tahun!...

Begitu jugak dgn 'orang-orang PAS'....Tak boleh tegur, melenting sahaja.

Mamat2 muda dalam PKR pun sama jugak....Tapi takpe lah. Bagi saya, apa yang dah berlaku sejak saya mula kenal dunia politik pada 1968/69 (Ayah saya orang UMNO yang ikhlas), hingga kini, orang UMNO dan ramai orang-orang UMNO yang dalam PAS dan PKR (baca agen UMNO!), membuat kita yang celik ni nampak mainan dan sandiwara orang-orang yang bermain politik ni...

Saya masih ingat cerita Mustafa Ali dibelasah Tok Nik. Inilah musuh orang-orang Melayu sebenarnya, termasuk Ibrahim Ali...

Kalau kita ingat UMNO itu parti politik Melayu, mintak maaflah.

Sebelum 1946, orang Melayu sudah berpuloh, malah beratus tahun melawan penjajah. Mereka didepani oleh Tok-Tok guru yang tinggi Ilmu agamanya. Nama saya tak perlu sebut, orang-orang yang mengaku ahli politik tu carilah...

Apa dah jadi dengan UMNO hari ini?. Apa jugak yang dah jadi dengan orang-orang Melayu yang main politik dalam PAS dan PKR?...

Kalau baguz sangat, takkan orang Melayu berada dalam keadaan tidak menentu sekarang?. Ramai orang-orang Melayu dah meluat dengan Orang politik Melayu ni....dah tak tau mana yang betul!...

Sama-samalah kita lihat, dengar, kaji, selidik mereka-mereka ini....mereka 'cari makan' rupanya. Bangsa, Agama, Negara ke mana?....

Ikhlas
The Mind!

Anonymous said...

Ibrahim Ali ni suka menlaga-laga pemimpin pas dan pkr,barua umno,harap pemimpinc pas siasatlah,

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese