Pada 16 September 2008, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed BroadBand, HSBB) yang bernilai RM11.31 bilion diluluskan oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia tanpa proses tender terbuka. Dimana kerajaan melaburkan RM2.4 billion dalam projek ini untuk mensasarkan 50 peratus isi rumah di Malaysia akan menggunakan HSBB hanya pada tahun 2010.
“Saya tidak menentang projek HSBB, hanya kita boleh mempelajari pengalaman dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana seluruh negeri Pulau Pinang boleh diliputi oleh HSBB servis tanpa satu sen pun daripada wang kerajaan, wang rakyat,” katanya
Dr. Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng turut mempertikaikan kerajaan kenapa tidak diberikan kompetitif tender dalam projek HSBB ini kerana memang ada syarikat-syarikat yang lain memberi tawaran yang sama HSBB dengan harga yang lebih murah tanpa menerima peruntukan daripada dana kerajaan.
“Saya memang mengambil berat tentang digital divide ini kerana sekarang setakat broadband penetration di Malaysia dalam lingkungan 20% dan banyak kawasan desa yang tidak dapat perkhidmatan broadband seperti ini. Kita jauh ketinggalan jika dibanding dengan Singapore (78%), Hong Kong (80%) and Korea (93%),” katanya lagi.
Dalam perbahasan bajet yang dihujahi oleh Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi tentang merapatkan jurang digital (digital divide), Dr. Lee bercadangkan agar kerajaan membelanjakan RM2.4 bilion itu beri komputer kepada semua keluarga di kawasan desa.
Ini kerana HSBB lebih tumpuan kepada ‘high economy impact area’, kawasan bandar dan bandar raya besar sahaja manakala kawasan desa yang ketinggalan dalam HSBB ini akan dilihat mempunyai jurang digital yang lebih teruk.
“Kalau kita mengagih-agihkan RM2.4 bilion dan membeli komputer, PC kita boleh membeli lebih kurang lima juta unit dengan harga ini dan cukuplah untuk kesemua keluarga di negara Malaysia,” tambahnya lagi. SK
1 comment:
Elizabeth Wong di anayalah...apa lah
Post a Comment