26 October 2008

Ku Li masih tidak berganjak ….bertanding jawatan Presiden Umno - Malaysiakini

Malang sungguh nasib Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan bertanding jawatan Presiden Umno masih belum memperoleh pencalonan langsung.

Semalam, Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengulangi pendirian menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno walaupun belum mendapat sebarang pencalonan.

Beliau tetap percaya peluang untuknya bertanding masih cerah berikutan masih terdapat kira-kira dua pertiga atau 123 bahagian Umno di seluruh negara masih belum mengadakan mesyuarat.

“Saya telah nyatakan sejak awal lagi yang saya hanya menawarkan diri bertanding pada jawatan ini dan ini bukan satu pertandingan.

“Terpulang kepada perwakilan untuk memilih sesiapa sahaja yang layak tetapi saya minta perwakilan jangan takut untuk membuat keputusan untuk memilih kerana ini akan menentukan masa depan parti,” katanya.

Setakat malam tadi sebanyak 82 Umno telah selesai mengadakan persidangan dan kesemuanya telah mencalonkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno.

Ku, selagi Ku tak guna wang, selagi itulah Ku tak akan dapat pencalonan, betul apa yang dikata Tun Dr Mahathir dalam blognya.

Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara “tender” kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian.

Justeru, dengan sinis Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno, yang pernah menyentuh mengenai gejala politik wang - perwakilan mampu mendapat sehingga RM20,000 dalam perhimpunan-perhimpunan agung Umno sebelum bersara berkata:

“Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah.”

Antara tulisan Tun dalam blognya:
1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

Baca Lanjut dalam Blog Tun.

Shahrir terima sms ugutan: jiwokelate »

1 comment:

Anonymous said...

Dear Thinking of life

Bagi Dr M, dosa, dosalah.......ianya dah jadi biasa....diberi?. Ambillah!

Mudah Kan?...Tak payah pikir apa-apa......

Inilah cara Dr M, orang yang telah menerajui Malaysia, sebuah negara 'ISLAM' selama 22 tahun!. Kesemua budaya ini lahir di bawah tempoh beliau. Hari ini dia menulis seolah-olah perkara ini tidak wujud pada zaman beliau!

Tun Dr M Bersih!...sebersih-bersihnya!....Baca blog Tun dan inilah pendapat 99% penulis komen beliau.

Orang Malaysia buta dan tuli...apa nak kata!.

Mr Anonymous......any comment?

Where is Allah in the eyes of Dr M?

Ikhlas

The Mind!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese