Ketika ekonomi dunia merudum dengan kejatuhan luar biasa institusi kewangan di peringkat global, kerajaan Kelantan masih mampu membentang anggaran belanjawan 2009.
Bajet Berimbang tersebut memberi tumpuan kepada penjanaan ekonomi secara berterusan untuk semua rakyat, pembinaan ihsan berteraskan Islam dan pembelaan golongan dhaif.
Selain itu, mengembeling usaha untuk meningkatkan hasil melalui pemantapan jentera kutipan hasil dan penguatkuasaan yang tegas dan berkesan, memantapkan jentera pentadbiran, meneruskan pendekatan pentadbiran menyeluruh.
“Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri yang stabil dan berdaya maju dengan memberi tumpuan kepada program-program kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta meningkat penyertaan rakyat dalam program-program peningkatan kualiti hidup.
Teks ucapan belanjawan yang sepatutnya dibentangkan oleh Menteri Besar itu dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato’ Husam yang mengambil masa hampir sejam.
Beberapa jalan dan jambatan baru akan dibina termasuk dari Panchor ke Pengkalan Datu di Kota Bharu, Jalan Telaga Bata ke Kelaboran di Tumpat, Jalan Bendanng Nyior ke Bukit Mas (Tanah Merah) dan jambatan Sungai Sat, Machang.
Menurutnya peruntukan tersebut termasuk menyiapkan pembinaan jambatan melintasi landasan keretapi di Pasir Mas yang dijangka siap akhir tahun hadapan.
Bagi sektor pertanian kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.05 juta bagi meningkatkan prasana pertanian. - jiwo kelate »
No comments:
Post a Comment