Persidangan Perwakilan Umno Bahagian masuk minggu kedua dengan tumpuan menjurus sama ada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan memperoleh pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden parti.
Sekurang-kurangnya 40 bahagian akan mengadakan persidangan masing-masing hari ini dan esok. Difahamkan persidangan hari ini akan diadakan sebelah pagi.
Sehingga kini setelah 30 bahagian mengadakan mesyuarat, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menyapu bersih kesemua pencalonan manakala Tengku Razaleigh, pemimpin pertama yang menawarkan diri untuk kerusi tersebut belum memperoleh sebarang pencalonan.
Jawatan Presiden terbuka untuk persaingan selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan Mac depan.
Ketika ditemui di Kota Bharu baru-baru ini, Tengku Razaleigh berkata, beliau menawarkan alternatif kepada ahli-ahli untuk memimpin parti. - mstar
1 comment:
Dear Thinking of life
ASSALAMUALAIKUM!
Patut kah YBM Tengku Razaleigh berharap untuk mendapatkan pencalonan?. UMNO telah mengubah dirinya sehingga kini mereka tidak serupa dengan parti yang diasaskan oleh pejuang bangsa...bukan pada 1946, tetapi lebih awal dari itu.
Pada 1946, 'orang luar' telah dikumpul untuk 'culik' pergerakan Melayu itu dan apabila Dr M naik takhta, usaha mengubah ROH pergerakan bangsa Melayu terbunuh terus.
Hari ini apa yang nak diharapkan pada UMNO? Ramai orang tidak mengetahui dimana dan apa Dr M buat pada musim panas tahun 1968. Inilah rahsia Dr M yang orang Melayu dan ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahuinya.
Bacalah kolum chedet hari ini dan lihatlah bagaimana dia masih berupaya menentukan kepimpinan dalam UMNO. Janganlah orang Melayu berharap apa-apa dari UMNO lagi, lebih-lebih lagi Ku Li sendiri.
Ikhlas
The Mind!
Post a Comment