Beliau juga menganggap keputusan itu sebagai satu mimpi buruk bagi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.
"Pelantikan Zaki mengecewakan seluruh rakyat yang mahu melihat perubahan dalam sistem kehakiman," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily semalam.
Beliau menegaskan Zaki merupakan personaliti yang dipertikaikan kerana terlibat secara langsung dengan Umno.
Salahuddin telah membuat usul tergempar, usul 18 (1) di parlimen bagi membolehkan isu pelantikan Zaki dibincangkan kerana ia bukan satu isu yang remeh.
Pelantikan Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara mencetuskan kontroversi kerana beliau mempunyai kaitan dengan Umno selain tidak mengikut senioriti.
Beliau hanya dilantik ke Mahkamah Persekutuan September lalu dan dua bulan kemudiannya, dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan.
No comments:
Post a Comment