Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkata kerajaan negeri Pulau
”Cat itu dalam bahasa Inggeris nampaknya kucing, tentu orang kata nampak macam kucing, kucing kena tangkap tikus yang melakukan rasuah dan penyelewengan,
”dengan sistem CAT kita boleh adakan satu pentadbiran yang bersih, yang cekap dan mendengar suara rakyat, boleh mempunyai prestasi yang lebih baik daripada kerajaan yang rasuah, yang hanya jaga diri sendiri dan tak mahu dengar suara rakyat,”jelasnya.
Menurutnya aspek tersebut beliau ambil setelah mempelajari sistem-sistem pemerintahan dari kerajaan yang baik pada masa yang lalu.
”Dalam aspek ini, kita belajar dari sistem perintahan masa lampau yang bagus, kalau dalam Dinasti China, itu dalam Dinasti Tang, dalam empayar Rom, itu dari Maharaja yang terkemuka Marcus dan Aurelius, dan kalau lihat dalam zaman kegemilangan pemerintahan Islam tak lain lagi ialah zaman Khalifah Umar Abdul Aziz,”katanya.
Menerangkan lebih lanjut, beliau berpendapat sistem poltik pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz menjalankan pemerintahan dengan sistem ‘Amar ma’aruf Nahi Mungkar’
”Baginda memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan amar maaruf nahi mungkar, iaitu kita mesti amalkan yang baik, jauhkan diri yang (dari) buruk,
”Apa gunanya jika kita bina bangunan yang tersergam, terserlah, bangunan besar-besar tetapi diduduki oleh manusia yang jahat, manusia yang rasuah, manusia yang rakus, ini tak bermakna langsung,
“itu sebab kita mesti bina insan yang bermoral, insan bersih, insan beretika, kalau hanya puas hati dengan bangunan tersergam, tak kira sistem rohani atau batin seseorang pemimpin, kita tidak berbeza dengan zaman pemerintahan jahiliyah Mesir atau Fir’aun,”katanya lagi.
Namun begitu, katanya, pada masa yang sama beliau tidak menolak kemajuan kerana menurutnya amar maaruf adalah untuk berbuat kebajikan supaya mendapat kemajuan. Justeru kejahatan dan penyelewengan membawa kepada kehancuran.
” Pada masa yang sama kita tidak membelakangkan kemajuan, kita mahu kemajuan,
“amar maaruf ialah untuk buat baik supaya kita boleh maju, dan saya yakin kita boleh maju bila kita lihat pemerintahan Islam, ia adalah paling maju didunia,
”tapi kerana rasuah, akhirnya ia sudah runtuh,”ujarya.
Beliau meluahkan rasa kesal dan marah serta menyelar kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi gagal menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
”Saya kata (tanya) kenapa ada miskin tegar begini, yang kebanyakkan 95% datang dari keluarga Melayu? (mereka) tidak boleh jawab,
”saya amat marah, bahawa dalam 50 tahun pemerintah Barisan Nasional, mereka tak dapat hapuskan miskin tegar, wang tak tahu terbang mana!?,”
”Bulan Mac, 2009, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama dalam
”ini yang kita cakap amar maaruf nahi mungkar,”tambahnya - Buletin Online
No comments:
Post a Comment