Saya ingin mulakan dengan mengucap terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memberi komen kepada posting terbaru saya berkenaan isu 3M. Ada yang setuju dan ada yang tidak, itu perkara biasa dan yg penting bagi saya ialah kesungguhan serta keikhlasan kita utk mecari jln terbaik dlm usaha perjuangan yg sedang kita hadapi. Melalui respon yg diterima, saya fikir perlunya beberapa penjelasan lanjut utk menerangkan beberapa perkara agar dpt kita fahami bersama. Untuk tujuan itu saya akan bahagikan kepada 3 post yg berasingan: (I) Persamaan Dengan Perjanjian Hudaibiyyah, (II) Syarat 3M - Wajar Atau Tidak Dijadikan Syarat Mutlak dan (III) Hilangnya Penguasaan Melayu Di Tanah Air Sendiri
(I) Persamaan Dengan Perjanjian Hudaibiyyah
1. Perkara yang saya sebut sebagai persamaan di antara Perjanjian Hudaibiyyah dan persoalan ‘3M’ adalah hanya - “Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan ummat Islam sahaja yang boleh diterima sudah pasti ianya (iaitu Perjanjian Hudaibiyyah) tidak akan ditanda-tangani”.
2. Hakikat bahawa syarat-syarat Hudaibiyyah tidak adil dan berat sebelah diketahui umum dan semua (kecuali Rasulullah SAW) pada awalnya menganggap ianya merugikan ummat Islam. Lebih2 lagi apabila Abu Jandal diheret balik ke Mekah untuk diseksa oleh kaumnya oleh kerana memeluk Islam.
3. Perasaan tidak senang dengan perjanjian yang berat sebelah dan dianggap menghina dan merugikan ummat Islam begitu menguasai perasaan para Sahabat sehingga tiada seorang pun bergerak untuk melakukan penyembelihan korban dan cukur rambut apabila disuruh Rasulullah. Rasulullah sendiri melakukan korban atas ternakan Baginda dulu dan setelah melihat Rasulullah melakukannya, barulah para Sahabat sedar bahawa mereka mengikari perintah Rasulullah dan segera bergerak menyembelih ternakan2 korban mereka.
4. Point awal yang ingin saya tegaskan ialah keadaan-keadaan yang dilihat sebagai merugikan sebenarnya sekiranya dikaji dengan teliti mungkin mempunyai potensi untuk mendatangkan keuntungan yang besar. Ini bagi saya di antara pengajaran dari Perjanjian Hudaibiyyah dan ianya perlu diamalkan dalam persoalan ‘3M’.
5. Dalam soal Perjanjian Hudaibiyyah dan teguran pengunjung bahawa tidak boleh disamakan, saya tidak begitu setuju. Namun, kita kena faham, ianya perjanjian di antara dua kerajaan. Persetujuan di antara parti2 PR bukan perjanjian antara kerajaan tetapi parti. Sekiranya kita ingin membandingkan persamaan kedua-duanya, maka kita kena ambil kira perbezaan ini. Oleh itu, sepertimana kepimpinan kerajaan Islam Madinah tidak diserahkan oleh Rasulullah (SAW) kepada pihak lain melalui perjanjian ini, kepimpinan PAS dan kebebasan PAS bertindak juga sama sekali tidak diserahkan kepada pihak lain apabila menyertai PR. Kita tidak menyerah kepimpinan Negara kerana memang kita tidak memilikinya dari awal lagi! Kita hanya memiliki kepimpinan parti. Kepimpinan Negara hanya mampu kita dikongsi bersama. Maka, daripada langsung tiada - menjadi ada secara berkongsi. Tuan2 fikirkan ada untung atau tiada bagi rakyat dan ummat Islam secara keseluruhannya?
6. Melalui Perjanjian Hudaibiyyah diinginkan kedamaian supaya kerja2 pemantapan kepimpinan Islam di Madinah dan kawasan persekitaran dapat diusahakan. Pembentukkan kerajaan PR akan menentukan BN jatuh dan dengan itu kerja2 pemantapan kepimpinan PAS di kalangan masyarakat Islam khusunya dan rakyat jelata secara amnya dapat dilakukan tanpa diganggu gugat oleh sebuah kerajaan Pusat yang hostile. Kerajaan Pusat PR tidak hostile kerana kita adalah sebahagian dari kerajaan itu!
7. Melalui Perjanjian Hudaibiyyah kerajaan Mekah iktiraf kerajaan Madinah dan kerajaan Madinah juga mengiktiraf kerajaan Mekah (pengiktirafan kerajaan Mekah oleh Madinah orang tak suka sebut). Melalui pembentukkan kerajaan PR Pusat, PKR, DAP dan PAS serta parti komponen lain (mungkin dari Sabah dan Sarawak) akan saling iktiraf mengiktiraf satu sama lain. Melalui pengiktirafan ini, pimpinan PAS apabila ke Sabah dan Sarawak mesti diberi layanan oleh mereka dan dengan itu akan terbuka luas akses kita kepada ummat Islam dan masyarakat setempat.
8. Perjanjian Hudaibiyyah adalah untuk tempoh tertentu, 10 tahun. Tak sempat 10 tahun, oleh kerana pelanggaran syarat oleh kaum Quraisy, akhirnya berlaku Fathul Mekah. Perjanjian kerjasama PR adalah juga untuk tempoh tertentu. Sekiranya PAS bekerja keras dan dapat menghayati perjuangan Islam dan ‘bikin seperti cakap’ dengan izin Allah kesudahan kita mungkin begitu juga - iaitu PAS menawan hati ahli dan pimpinan PKR, DAP dan parti komponen yang lain. Ini adalah kerana PAS berdiri atas prinsip Islam yang pasti akan terserlah keadilan dan kehebatannya. Tetapi kita sendiri kena yakin dengan kemampuan Islam yang sebegini.
Saya pada asalnya hanya ingin menyatakan persamaan seperti yang saya sebut di perenggan 1 sahaja, tetapi oleh kerana nak lebih jelas lagi saya sertakan hujjah2 lain seperti perenggan 5 hingga 8 untuk difikirkan bersama.
Ada juga yang menyatakan bahawa semasa Perjanjian Hudaibiyyah ummat Islam tiada kuasa sedangkan sekarang ini kita ada ‘sedikit’ kuasa. Sebenarnya Hudaibiyyah berlaku setelah tertegaknya Negara Islam di Madinah. Ummat Islam telah berjaya mengharungi peperangan Badr, Uhud dan juga Khandak (Ahzab). Maka saya rasa mereka (para sahabat) lebih berkuasa dari kita sekarang kerana adanya Negara Islam. Dengan ada Negara Islam sekalipun, perjanjian itu tetap ditandatangani kerana sememangnya merupakan kemenangan besar - yang sayangnya cuma akan kelihatan sebagai kekalahan ataupun kompromi dari kaca-mata golongan yang kurang arif ilmu politik.
Sila rujuk posting berkaitan: Syarat 3M - Wajar Atau Tidak Dijadikan Syarat Mutlak & Hilangnya Penguasaan Melayu Di Tanah Air Sendiri

Khalid Abd Samad
No comments:
Post a Comment