01 October 2008

Anwar Ibrahim: Ekonomi didorong nafsu tamak tidak akan berjaya - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Eidulfitrinya.

"Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman.

"Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri," jelas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menyentuh perubahan yang diusahakan pihaknya, Anwar berkata, perubahan yang ingin dilaksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan.

"Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah �siapa yang menyemai angin akan menuai badai,� katanya.

Ramadhan, katanya, pastinya mengingatkan kepada kisah Pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah).

"Kejayaan Rasulullah s.a.w. yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah s.a.w. dengan wakil kaum Quraisy," katanya.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut,kata Anwar lagi, namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah s.a.w. di dalam menerima perjanjian tersebut.

"Rupa-rupanya �jalan kemenangan sudah jelas nyata.� Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

"Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana," katanya lagi.

Dengan memulakan ucapan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya mewakili keluarganya dan segenap lapisan kepimpinan serta akar umbi PKR, Anwar mengakhiri perutusannya dengan berkata "Insya Allah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,�ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)�_

1 comment:

Anonymous said...

Today Najb announce that the aquisition of BII indonesia is a good buy. Yes its a Good bye for RM8billion.
How many more stupid blunders are we going to make to screw up the country? Why on earth do we like to act stupid and play stupid?
Just ask yourself if you can get the shares for 310rupiah why are you paying 433rupiah. And those confirm idiots bayar 433rupiah satu share for a confirm immediate loss of about RM2 billion. Adakah mereka tu bodoh, moron....atau didorong nafsu tamak? Habislah negara kita....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese