Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan berkenaan ialah 38 dan Naib Ketua Pemuda pula sebanyak 29 pencalonan.
Mukhriz yang juga Exco Pemuda memperoleh pencalonan daripada Bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan ,Pokok Sena, Batu Pahat, Padang Serai,Setiawangsa, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Sepanggar, Beaufort, Gombak dan Kuala Selangor.
Setakat ini Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hanya memperoleh 19 pencalonan daripada bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Parit Buntar, Kota Kinabalu, Johor Baharu, Bayan Baru, Keningau dan Sepang.
Kasihan Khairy, sudah nasib badan. Inilah padahnya ‘naik kerana’ mertua atau bapa bukan dengan kewibawaan sendiri. Khairy kena kerja kuat lagi. - Jiwo Kelate
2 comments:
Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.
Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.
Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?
Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?
BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?
Jangan risau wahai Khairy, Cikgu Pa yang mempercaya diri nya sebagai strategis paling utama dalam PAS Terengganu boleh menolong anda. Yang di perlukan hanyalah....tak perlu lah kita bincang ini secara terbuka...lebih selesa kalau kita jumpa secara secret...diLondon ke,....atau mana mana je ... Baik cepat sebelum kami ini semua tukar kiblat kepada suami Kak Mah.
Post a Comment