Kuala Terengganu - Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghargai kesudian Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi beliau sempena sambutan Idul Fitri dirumahnya kelmarin.
.
.
Beliau berkata dengan kunjungan Kit Siang itu bermakna kerjasama antara PAS dan DAP di teruskan, khususnya untuk sidang parlimen,
.
Menurut beliau secara organisasi parti-parti di bawah Pakatan Rakyat mempunyai satu forum dimana penyelarasan berkaitan dibuat yang dipanggil sebagai Majlis Presiden.
.
”Majlis Presiden terus berjalan dan sering bermesyuarat, yang terakhir di Parlimen, cuma bulan puasa sahaja tidak diadakan mesyuarat,”kata beliau yang ditemui selepas Majlis Perasmian Ijima’ Idul Fitri bagi Perantau yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, dekat sini, hari ini.
.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali, Timbalan-timbalan Pesuruh Jaya, Dato’ Ustaz Harun Taib, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Dato’ Wan Mutalib Embong serta lain-lain anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri. - Buletin Online
1 comment:
Kerjasama dengan DAP itu kata President; Apa pulak kata Mustafa Ali, Harun Taib dan puak2 PAS Terengganu? kerjasama dengan UMNO di teruskan ke?
Post a Comment