02 October 2008

Hindraf mahu bermaafan, Umno kutuk - Malaysiakini

AKTIVIS-AKTIVIS Hindraf yang begitu sukar dan tidak pernah berpeluang berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikutuk kerana menyampaikan bantahan mereka ke atas penahanan tanpa bicara rakan-rakan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumah terbuka Hari Raya anjuran Perdana Menteri dan anggota kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

"Kami telah berusaha untuk berjumpa dengannya (Perdana Menteri) selama ini, jadi kami mengambil peluang hari ini. Kami datang dengan hati yang terbuka," kata Koordinator Kebangsaan Ideologi Hindraf, W. Sambulingam.

Kumpulan itu dilaporkan sebagai "memotong barisan" oleh Bernama untuk menyerahkan patung beruang dan kad Hari Raya yang mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang sedang meringkuk dalam tahanan.

Kad Hari Raya itu bagaimanapun terkoyak teruk dalam pergelutan dengan polis yang sebelum itu cuba merampas kad itu di pintu masuk PWTC.

Sambil menutup mulut dengan angkuhnya terhadap penggunaan ISA yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bertentangan dengan ajaran Islam, beberapa menteri mengecam Hindraf kerana menganggap tindakan mereka tidak kena pada masa dan tempatnya.

Menteri-menteri Umno itu seolah-olah tidak ada perasaan untuk memahami penderitaan dan penyiksaan yang tidak mengenal masa dan tempat yang ditanggung oleh rakyat akibat ISA.

Mereka juga seolah-olah mengharamkan penyerahan memorandum membantah penyiksaan dan kekejaman ISA pada Hari Raya, walaupun pada hari apa sekalipun mangsa-mangsanya menghadapi pelbagai penderitaan akibat kekejaman itu.

"Ini bukan masanya, bukan tempatnya. Mereka boleh datang untuk mengtucapkan Selamat Hari Raya dan bersalaman, tetapi yang lain dari itu, masa yang lain, tarikh yang lain.

"Jika mereka datang dengan aman, sepatutnya tidak ada masalah," The Star memetik rungutan Menteri Dalam Negeri yang juga tukang kuatkuasa ISA, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang ternyata jelas membisu mengenai begitu banyak masalah dan penderitaan yang dihadapi rakyat akibat penyalahgunaan ISA .

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata, ahli-ahli Hindraf sepatutnya tahu batasannya dan bukan datang ke rumah terbuka "seperti ini".

"Ada platform kepada anda untuk menyerahkan (memorandum). Ini bukan cara yang betul untuk melakukannya. Maksud saya, ia adalah majlis Hari Raya, ia tak ada kena-mengena dengan memorandum.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku begini, terutama di musin perayaan, tidak kira sama ada Hari Raya, Krismas, Deepavali atau Tahun Baru Cina," kata Shafie.

Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman pula berkata apa yang dilakukan oleh Hindraf itu akan memberikan imej yang buruk kepada Malaysia di sisi pelancong.

"Kalau anda tetamu, buatlah seperti tetamu. Parlimen akan bersidang pada 13 Oktober. Mereka boleh berbuat demikian (menyerahkan memorandum) pada masa itu," katanya.

Di pihak Hindraf pula, mereka bukan hendak mengacau rumah terbuka itu, malah makan minum di situ pun mereka tak ingin.

K Shanti, isteri pemimpin Hindraf dalam pelarian P Waythamoorthy berkata, mereka hanya menyerahkan patung beruang dan kad tersebut sahaja.

"Dalam semangat saling bermaafan sempena Hari Raya Aidilfitri, kami mahu menyatakan bahawa orang-orang India di Malaysia memaafkannya (Perdana Menteri) kerana menghantar para pemimpin Hindraf ke (Kem Tahanan Perlindungan) Kamunting," Malaysiakini memetik Shanti sebagai berkata apabila ditanya mengenai kad itu.

Selain 200 penyokong Hindraf itu, kira-kira 40 aktivis anti-ISA juga hadir ke rumah terbuka itu.

Mereka menuntut supaya dihapuskan undang-undang yang menghalalkan penahanan tanpa bicara itu dan kesemua tahanan ISA dibebaskan.

Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara._ Harakahdaily

7 comments:

Anonymous said...

bayngkan kalau ahli-ahli hindraf ditangkap semasa merayakan hari deepavali...anda semua akan berkata x patut bukan ???
saya tidak faham mengapa hindraf perlu membuat begitu semasa hari raya aidilfitri...rakyat datang untuk merayakan hari raya tetapi disajikan dengan benda-benda sebegini...kalau datang x mahu makan dan minum buat apa datang?? kalau hanya mahu menyerahkan patung beruang dan kad...x semestinnya pada hari itu...ini semua hanya publisiti murahan kerana kita semua tahu hakikatnya PM tidak akan ambil kisah pun...yang rasa tak puas rakyat kerana niat untuk meyambut hari raya tercemar dengan perkara-perkara sebegini.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

YA... LIDAH TAK BERTULANG DAN MEREKA TIDAK TERTAKLUK KEPADA HUKUM AGAMA KITA... KALAU ANTA NAK PERCAYA ALASAN MEREKA TU.... TERSERAHLAH. TAPI BACALAH TEKS HINDRAF YANG MENUNTUT MACAM2 TU......

MEMORUMDUM TU PM DAH TAHU DAH... TUNGGULAH ... KAN DAH LANGAR UNDANG2, MAKA SESIAPA PUN KENA TERIMALAH HUKUMANNYA...

KATA ORANG TANGAN BERANI MENCINCANG... MAKA BAHU SANGUPLAH PIKUL.

DIFIKIR2 IBRAHIM LIBYA MAMALI LEBIH BERANI DAN JANTAN DARI MEREKA NI.

Anonymous said...

Hindraf's intention is not to disrupt the smooth flow of visitors on the auspiciouus day but to catch a glimpse of the Prime Minister and hand over the memorandun personally to dATUK aBDULLAH aHMAD bADAWI AND NOT OTHERWISE AS ALL OF YOU PRESUME.The prime minister has evaded the meeting on several call by the HINDRAF Leaders,Yet listens to his son in law and avoid seeeing face to face.
The comment by Datuk AZlina on the foreign Tourist Impression on our country is causing laughter.You think the Tourist has good impression on out country by putting the innocent's under ISA.Get your facts right before commenting,You MORON BITCH.
The comment fron Datuk Shafie Abdal,You are actually betraying the SABAHANS by being in UMNO and dancing to the tune of KHAIRY.You(Abdal)should concentrate on the development of SABAH and not for the interest of your family.
Why,Your(PM) SON IN LAW WAS NOT ARRESTED UNDER THE isa AFTER HIS COMMENT ON THE hindraf Rally,Saying,If he flips his fingers the Umno Youth can crush the monkeys within seconds.Dont You(PM) THINK THAT IS PROVOKING?MR Prime Minister.Kamu ini takut dgn Menantu kot,Kalau begitu jgn jadi perdana menteri baik jadi penjaga lembu En Perdana Mentari.

Anonymous said...

Askum,
Sebenarnya apa yang dibawa oleh Hindraf tu bukan Memorandum tetapi kad ucapan Hari Raya. sebelum kumpulan itu dibenarkan masuk polis meminta seorang pemimpin kumpulan itu untuk membacakan kandungannya. selain daripada mansuhkan isa, kad itu itu hanya mengandungi Ucapan raya dan ungkapan maaf zahir batin. Yang buat kecoh di situ ialah polis bukan penyokong hindraf. mereka cuba merampas dan mengoyakkan kad raya itu.

selepas bersalaman dengan pm dan kabinet sebelum mereka bersurai secara aman, polis sempat berterima kasih kepada kumpulan tersebut kerana berkelakuan baik dan berpegang kepada janji yang mereka bagi pada polis iaitu tidak membuat kecoh atau membawa sepanduk ke dalam dewan.

saya mempunyai ramai kawan india yang meyokong hindaf, tetapi mereka tidak pernah berkata atau membuat sesuatu yang boleh provokasi saya.

Azlan Awang
Puchong

DR SURESH said...

Tajuk di sini `Hindraf mahu bermaafan'tak tepat.Saya ta faham apa salah Hindraf sampai mereka kena minta maaf?Mempertahankan hak segelintir masyarakat yang terpinggir itu salah ker?Mempertahankan tempat2 berhala itu salah ker?Saya faham ada banyak kuil2 yang perlu di `pindahkan'atas alasan pembangunan.Jadi banyak juga kuil2 yang telah di roboh,di mana ada yang di pindahkan ada juga yang tak.Ada ker masyarakat hindu buat hal?
Cuma bila kerajaan suka2 roboh kan kuil2 tanpa notis dan alasan yang sesuai baru masyarakat hindu itu marah.Saya rasa sesiapa pun akan rasa kecewa juga.
Penyokong2 Hindraf yang mengunjungi rumah terbuka PM hari itu terdiri daripada rakyat biasa termasuk ibu2,kanak2 dan orang tua,tak kan lah orang2 macam ini nak buat kucar-kacir?Mereka kesana sempena hari raya aidil fitri yang mulia itu untuk berjabat tangan dengan PM dan minta beliau tolong lepas kan suami2,ayah2,abang mereka yang terkurung dengan tiada alasan dan bukti yg kukuh.
Kalau mereka yang terkurung itu salah pun ,bawa lah mengahadapkan mereka di mahkamah.
Lagipun kumpulan hindraf itu bawa kad raya dengan bouquet teddy bear untuk PM dengan penuh kasih sayang.
Saya hendak mengingatkan kawan2 di sini bahawa,salah satu sebab munculnya organisas seperti hindraf ada lah kerana kegagalan kerajaan menjaga hati kaum2 yang minoriti di Malaysia.Kalau tidak apa sebab mereka muncul selepas 51 tahun Malaysia merdeka?Hindraf berdemonstrasi di jalanan hanya selepas beratus2 surat dan memorandum kepada PM dan kerajaan tidak di layan dan di buang.
Saudara/i sekalian kita semua manusia biasa dan rakyat malaysia yang kami semua cintai,marilah hidup bersama-sama dengan aman dan damai,jaga hati kaum minoriti dan kaum minoriti pun akan juga jaga hati majoriti.Hak asasi manusia dan rakyat umumnya mesti di jaga oleh kerajaan,baru boleh sesebuah negara itu boleh maju dan aman.
May god continues to bless our nation.

Anonymous said...

Sy dah bnyk bc ttg issue ini.so sy trpggil nk beri komen.Ini adalah pndgn ikhlas sy sbg seorg Melayu bragama Islam dan rakyat M’sia.

1.Sikap kunjung mengunjung pd prayaan kaum/agama diM’sia sgt2 dialu2kn dan harus ditrskn srta dipelihara dgn baik slama-lamanya. Kdtgn kwn2, knln2 atau org2 yg tdk sy knali ,yg trdiri drp pelbagai kaum ke rumah trbuka sy pd tiap2 thn amatlah sy alu2kn. Malah sy mnjmpt mrk ke rumah trbuka sy.Begitu jg bg kwn2, knln2 yg bkn bragama Islam apabila mrk mgadakn rumah trbuka bg mnymbut prayaan mrk pasti sy hadiri. Didlm kt mghadiri rumah trbuka saudara2 kt baik Melayu,Cina,India dan lain2,satu yg harus kt plihara adalah ADAP SOPAN MAJLIS,WPUN KT TLH DIJEMPUT,APATAH LG KALAU KT HNYA MENEMPIL/MENGIKUT KWN YG DIJEMPUT. Dlm konteks RUMAH TERBUKA PM,secara umumnya jmptn dibuka kpd org ramai,sgnap lpisn msyrkt srta plancong2.Jg kpd pemimpin2 parti politik diM’sia tmsk pmbangkang,NGO2 dan kenamaan luar Negara. Mghadiri rumah trbuka knln pn ADAP SOPAN majlis pn harus dijg,apatah lg rumah trbuka pemimpin no.1 negara. Mgambil kata EN.RS THANENTHIRAN,bhw seorg pgawai kanan pjbt PM,mmbritahu bhw mrk(Hindraf) dijmpt dan semua org dijmpt dtg (bkn shj Hindraf) stlh mrk mghntar surat kpd PM,mmglah betul dan tdk boleh dinafikn.TETAPI apa yang pgawai itu tdk tahu ialah cara KEDTGN/KEHADIRAN HINDRAF.Tentu pegawai itu tdk mnyangka bhw mrk akn dtg dgn mmakai T-Shirt Oren brtulis HINDRAF serta mmbw brbagai spanduk.Dia pn tdk sgka mrk2 ini akn memotong barisan pgunjung lain yg tlh lama bratur. Inikn satu provokasi mmbuat pgunjung lain marah. Apa istimewanya HINDRAF,apa istimewanya 5 HERO tu dan apa istimewanya RPK brbnding jutaan rakyat M’sia yg cintakan keamanan. Bg sy insiden ini smmgnya diRANCANG, utk memalukan PM. Kpd pemimpin2 PKR, apa rasa tuan2 sekiranya prkara sbegini brlaku pd mjlis tuan2? Fikir2lah sndiri. Mnyerahkn memorandum,mnyerahkn hadiah kpd pemimpin dlm satu2 mjlis tdk slh, yg slhnya ialah sikap tdk MNGHORMATI MAJLIS DAN HAK ORG LAIN. Jgnlah buat mcm cerita ‘PADAIYAPPA’, ’BABA’ DAN FILEM INDIA YG LAIN YG TIADA TATASUSILA.

2.Tlh lama sy lihat sikap pengikut2 Hindraf apabila brada diMahkamah.Gmbr2 dan poster2 yg mrk bw hnyalah gmbr dan poster MAHATMA GHANDI. Tdk ada lgsg gmbr pemimpin NEGARA. Tdk ada gmbr2 Perdana Menteri (kalau mrhkn AAB pn), gmbr2 Perdana Menteri yg lain knapa tak bw. Sbb mrk MELAYU, UMNO. Kalau mrhkn MELAYU UMNO, mana gmbr2, poster2 pemimpin INDIA, mrhkn SAMY, pemimpin2 India tmptn kn ada?Klo sgh2 takda bwa la gmbr YDP Agung.atau gmbr hero mrk DSAI n geng. So psoalannya mrk ini rakyat Negara mana? Msia atau India.Bila satu pmimpin Melayu cium keris dlm satu majlis parti nya,mrk kutuk kata perkauman.Skrg dimana kesetiaan pgikut HINDRAF kpd M’sia.

reshmann said...

Saudara pakdip_6441'

Memang saya setuju,bila kita mengunjungi majlis orang haruslah kita bersopan-santun.Soalan saya ialah,apa salah nya kalau pengunjung hindraf itu memakai baju oren?Ada juga satu kumpulan yang lain memakai pakaian seragam,dengan perkataan hapuskan ISA,lepas kan RPK,kenapa kumpulan ini tidak di kritik oleh kerajaan,orang ramai dan saudara sendiri?Orang yg mewakili hindraf itu terdiri dari isteri2 tahanan,anak2 mereka dan juga orang2 tua.Adakah orang2 seperti ini boleh mengucar-kacirkan majlis itu?
Saudara ada menghadiri majlis itu ke?Ada ke saudara nampak dengan mata sendiri di mana hindraf membawa spanduk dan nampak mereka memotong barisan?

Saya rasa kita semua tahu,media arus perdana memang suka memutar-belitkan berita,terutamanya kalau kerajaan tak suka dengan mana2 pihak yang minta kebenaran.
Jadi saudara sebagai seorang islam yg adil saya rasa saudara mesti dengar dulu cerita kedua2 pihak sebelum komen.Sebenar nya apa yg mereka bawa utk PM adalah kad raya dan patung teddy bear sebagai tanda kasih sayang dan juga hendak minta PM supaya tolong membebaskan suami2 mereka dan ayah2 mereka yg meringkuk dlm penjara tanpa apa2 bicara mahkamah.Saudara sebagai seorang islam,adil ker rakyat dipenjarakan tanpa apa2 bukti yg kukuh,tanpa memberi peluang kepada mereka utk mempertahan kan hak mereka?Saya rasa dari segi ajaran islam pun benda macam ini di kutuk dan berdosa.Soalan nya kenapa mereka kena buat ini di majlis PM?
Sebab sebelum penyokong2 hindraf berdemonstrasi di jalanan pada 25 nov dulu,beratus-ratus surat dan memorandum telah di hantar kepada PM,tetapi beliau tidak hendak berjumpa dgn mereka.Tak sekali pun.
BUkan kah masyarakat India 85-90% menyokong BN semenjak merdeka.Jadi satu2 nya peluang utk isteri2 dan anak2 tahanan itu utk berjumpa dgn PM adalah pada majlis itu dan bersalaman dgn PM dan minta beliau tolong lepas kan suami2 dan ayah2 mereka,itu pun ta sampai 3 minit.
Dalam semua gambar yg dapat kita tengok,pengunjung hindraf tu memang tenang dan ikut aturan,cuma bila polis halang mereka dan suruh mereka ikut barisan yang lain baru mereka ta puas hati,kenapa polis mesti buat tu pada mereka dan kumpulan blogger itu di lepas kan?Perbuatan ini adil ker,saudara?Lagi pun saya ta percaya majlis rumah terbuka itu dianjurkan dengan duit menteri2 dan PM,duit itu dari cukai rakyat juga kan?Orang2 yg berbaju oren itu pu bayar cukai juga kan?So kenapa `double standard'?

Tentang gambar MAHATMA GANDHI.Mereka membawa portrait mahatma itu sebagai tanda `aman' atau pun `AHIMSA'.Kalau saudara ada tengok klip youtube semasa demonstrasi aman hindraf bulan nov,2007 itu saudara dapat tengok mereka ada juga bawa portrait besar DYMM SERI PADUKA BAGINDA .Dan juga spanduk utk polis`KAMI AMAN,POLIS TOLONG JANGAN GANAS'.Saudara,cium keris dan memanggil kaum lain yg juga rakyat yg juga mencintakan negara dan sedia menyumbang kan utk pembangunan negara dan sedia mempertahankan kedaulatan negara misalnya ada pertempuran di panggil `pendatang' memang kurang sopan atau pun `kurang ajar'.Hindraf tidak buat semua itu,mereka hanya meminta kerajaan supaya bersikap adil dan sak sama,dan hanya hendak memberi kad raya dan hadiah.Ahli2 politik yg main kad perkauman,bermaharajalela dan kaya lagi di lepaskan,rakyat miskin yg minta pertolongan pulak di keji.Mana keadilan nya saudara?
Disini saya nak mengingatkan saudara dan juga semua kawan2,salah satu sebab yg utama munculnya organisasi seperti HINDRAF adalah kerana kegagalan pihak kerajaan utk jaga hati kaum minoriti,terutamanya masyarakat india di estet2 yg telah kehilangan pekerjaan dan miskin teruk di atas nama pembangunan,semua estet2 di jual kepada tauke2 cina dan pihak umno dan keluarga dan kroni2 mereka yang jadi kaya.MIC pula di jadikan hamba kerajaan.
Mungkin utk saudara HINDRAF 5 itu ta penting dan bukan hero,tapi utk isteri2 dan anak2 mereka dan utk orang2 miskin yg di abaikan oleh kerajaan dan hamba kerajaan iaitu MIC,mereka lah `HERO'utk selama-lama nya.Bukan senang meringkuk dlm penjara tanpa bicara,dan juga kehilangan kasih sayang isteri dan anak2.Di hari yang mulia,bulan yang mulia ini, itu lah permintaan hindraf dan masyarakat India kepada PM,tolong lepas kan semua tahanan ISA tu,kalau mereka salah pun bawalah mereka mengahadap di mahkamah.Walaubagaimanapun Hindraf dah batalkan rancangan mereka utk melawat rumah terbuka PM di Pulau Pinang sebab,hasrat mereka yg mulia itu utk berjumpa PM dengan kasih sayang telah di putar belit kan oleh kerajaan dan arus perdana.Fikirlah saudara/i,kalau Hindraf ini hendak `menyerbu' dan buat kecoh,mereka boleh juga buat demikian di P.Pinang.
Akhir kata dari saya,selepas penjelasan ini,kalau saudara masih juga tidak berperihatin dan faham akan perjuangan orang2 berbaju oren ini,maka terpulanglah kepada saudara/i semua.
Selamat Hari Raya Aidil fitri dan maaf zahir dan batin.Semoga negara kita aman dan damai selalu.
MAY GOD CONTINUES TO BLESS OUR NATION.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese