PETALING JAYA: Polis dijangka akan menyoal siasat beberapa pemimpin dan pengikut kumpulan Hindraf hari ini berhubung kekecohan semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri dan anggota Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Oktober lalu.
Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran ketika dihubungi mengesahkan empat pemimpin dan pengikut kumpulan itu telah diminta untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Saya bersama mereka akan berada di Dang Wangi untuk memberikan keterangan dan kami akan memberikan kerjasama kepada polis," katanya kepada mStar Online.
Menurut Thanenthiran, pihak polis telah meminta mereka hadir untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.
Rombongan Hindraf didakwa menimbulkan kekecohan dengan memotong barisan orang ramai untuk menyerahkan patung beruang dan kad Hari Raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang sedang menjalani tahanan.
Bagaimanapun menurut Thanenthiran, pihaknya berharap polis akan bertindak adil dengan menyiasat lebih 100 aduan yang telah dibuat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan akhbar Utusan Malaysia berikutan kenyataan dan laporan yang didakwanya berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.
Sebelum ini Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan pada 4 Oktober yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk "Hindraf diberi Amaran " adalah tidak adil dan bersifat perkauman.
Kata beliau, pihaknya tidak jelas mengapa empat orang berkenaan dipanggil, tetapi polis juga seharusnya memanggil kesemua mereka yang hadir ketika rumah terbuka untuk mendapatkan gambaran sebenar.
"Mereka seharusnya memanggil semua yang hadir, bukan hanya kumpulan Hindraf," katanya. - mStar
3 comments:
Panggillah semua orang...barullah adil....betul
POLIS ---SIASAT LAH KES ORANG PENAN YANG ANAK GADIS DAN BUDAK SEKOLAH DI PAKSA LAKUKAN HUBUNGA SEKS DAN ROGOL.INI LAGI PENTING.PASAL APA TAK MAU SIASAT,PASAL TAK MELIBATKAN ORANG UMNO KE?POLIS BETULAH HAMPA INI KULI UMNO.
Pengerusi Hindraf sudahpun meminta PM dan jemaah menteri2 yg hadir di rumah terbuka di PWTC supaya menyiarkan semua gambar2 dan video klip di aliran arus perdana.Ini akan memboleh kan rakyat tengok sendiri apa yg sebenarnya berlaku di PWTC hari itu.Kenapa kerajaan tidak hendak menyiarkannya?Sebab mereka tahu yang tuduhan mereka itu adalah karut dan bersifat fitnah sama sekali.Sekali lagi PM telah gagal mempertahankan kebenaran.Siasatan polis hanya keatas 4 penyokong Hindraf itu juga bersikap tidak adil.Polis mesti ada bukti yang kukuh dan bukan semata-mata menakut kan penyokong2 hindraf itu.Hindraf bukan sebuah organisasi politik ataupun mana2 organisasi lain,ia adalah suara segelintir rakyat yg miskin yang di telah dipinggirkan oleh kerajaan.Selagi kerajaan masih berdegil dan enggan dengar rintihan rakyat,maka segala jenis tindakan polis akan gagal.
Post a Comment