
Tawaran dikemukakan ekoran situasi tidak menentu nasib yang menimpa Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
“Saya nampak Khairy kini susah untuk melepasi kuota pencalonan apatah lagi memenangi jawatan Ketua Pergerakan itu,” kata Salahuddin di lobi Parlimen.
PAS dan PKR sedia melupakan apa yang pernah dilakukan selama ini oleh Ahli Parlimen Rembau itu.
“Dia boleh memberikan sumbangan kepada Pakatan Rakyat daripada hanyut atau diketepikan Umno begitu sahaja. Saya takut dia menjadi mangsa kepada kepada percaturan yang ‘hebat’ dan ‘brutal’ yang berlaku dalam Umno kini,” ujar Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.- mppas
No comments:
Post a Comment