27 October 2008

Hapus DEB cuma mahu raih sokong bukan melayu - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak yang ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara beransur-ansur hanyalah merupakan satu propaganda politik yang ingin dijadikan umpan untuk meraih sokongan bukan melayu.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali ketika diminta memberi pendapat terhadap kenyataan anak bekas Perdana Menteri kedua semasa dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan Jumaat lalu bahawa DEB mesti ditamatkan ’secara beransur-ansur’.

Calon tunggal Presiden Umno itu berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu dimana dilihat merealisasi ikrar yang digunakan oleh Pakatan Rakyat kerana ikrar tersebut mengakibatkan BN kalah teruk dalam sepanjang sejarah pilihanraya umum.

Azmin ditemui semasa menghadiran Rumah Terbuka Parlimen Bandar Tun Razak sempena hari raya dan Deepavalli hari ini di Bandar Tasik Pemaisuri, Cheras. - SK

2 comments:

Unknown said...

Hapuskan DEB adalah pembohongan dan tipu helah siNajis semata mata untuk sementara mengambil hati komuniti bukan Melayu. Buka mulut saja dengan cadangan tu dah ada setengah setengah pihak UMNO buat bising riuh rendah, nak protes dan nak bangkang. UMNO mana boleh berubah. Rasuah dah sebati dengan darah dan batin orang UMNO. Kalau boleh, lembu pun dengan segera boleh panjat pokok. UMNO sekarang tunggu saja masanya berkecai dan terus jahanam.

Unknown said...

Nak hapuskan DEB..???? Haaa Haaaa..Tak takut ke???Nanti puak2 kat Penang yang dulu menyalak kat sana ??? Tu baru sentuh sikit je ..tak nak laksanakan cara perlaksanaan oleh kerajaan baru penang...bukan nak HAPUSkan..!!! Dia orang tak takut ke nanti puak2 dari UITM selangor tu menyalak lagi..???? Itu baru cadangan MB selangor sikit je...bukan nak HApuskan DEB...Mana pi orang UMNO ni,,..??? Kenapa tak MENYALAK..???Kononnya mempertahankan DEB/Melayu..????

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese