Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selain mencetuskan api perkauman.
Semenjak selepas pilihan raya pada Mac 2008, Umno berada dalam keadaan terdesak kerana BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga.
Dengan jumlah kerusi yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka.
Setelah SAPP menarik diri dari BN, parti-parti seperti MCA, MIC, Gerakan dan UPKO telah memberi tekanan kepada Umno.
Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk kaum India, UPKO pula mendesak supaya hak bebas keluar daripada agama Islam, manakala Gerakan mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini.
Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera dihapuskan.
DPP Pusat sedar bahawa MCA sedang mencari �political mileage� setelah bertukar kepemimpinan.
Mereka mahu mendapatkan semula sokongan orang Cina yang telah beralih kepada PR dalam pilihan raya yang lalu. Senjata yang paling baik ialah membangkit hak orang Cina dalam bidang ekonomi.
MCA lupa bahawa orang Cina telah menguasai ekonomi negara ini semenjak merdeka, dan kerana tidak adanya kawalan itu, maka tercetus tragedi 13 Mei 1969. Dasar 30 peratus ekuiti Bumiputera melalui DEB merupakan kontrak sosial yang patut dihormati kerana ia bukan sekadar isu ekonomi, tetapi untuk kestabilan politik dan sosial juga.
MCA jangan mengulangi kesilapan 1987 dengan membangkitkan isu-isu perkauman yang akhirnya menyebabkan pemimpin pembangkang ditahan dalam Operasi Lalang.
DPP Pusat tetap bertegas bahawa hak 30 peratus ekuiti ini mesti terus dipertahankan walaupun ia telah mencukupi 30 peratus.
DPP Pusat melihat bahawa hak 30 peratus mesti menjadi penanda aras di negara kerana jika tidak ekuiti tersebut boleh merosot.
Kita harus sedar bahawa sebelum 1969, ekuiti orang Melayu hampir tiada, dan setelah 40 tahun ia hanya berjumlah 19 peratus. Jika keadaan yang sama terus berlaku, kita masih memerlukan 20 tahun lagi untuk mencapai 30 peratus.
Sedangkan nilai 19 peratus hari ini pun, termasuk dana-dana awam sebahagiannya. Sekiranya ekuiti orang Melayu meningkat, bermakna ekuiti bangsa lain merosot, dan jika nilai 30 perartus ini tidak diikat, tidak mustahil ekuiti orang Melayu akan merosot semula.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat _
6 comments:
Terasa ini bukan pendirian PAS yg sebenarnya...apakah penulis ini org UMNO?..Bukankah Islam mengajar berlaku adil tidak kira kaum & Agama..?
Guna nama ISLAM untuk kepentingan politik dan diri sendiri saja. Kalau kita orang berimam, kita tanyalah diri sendiri 1) Ada ke ini yang diajar oleh ISLAM?. 2) Apa ke orang Melayu kurang upaya walaupun ia juga ciptaan ALLAH YANG MAHA KUASA, seperti mana juga kaum lain?.Jawapannya ialah 1) ISLAM TAK AJAR KITA BERLAKU TIDAK ADIL LEBIH LEBIH LAGI DISCRIMINIKASI.
2) ORANG MELAYU SAMA SAJA DENGAN KAUM LAIN, TAK KURANG APA APA PUN.
Nampaknya ada pihak nak orang Melayu fikir mereka selama-lamanya perlu dilindungi dan mereka tidak dapat berdikari atas kaki sendiri kerana dengan inilah pihak tertentu akan berkuasa selama lamanya. Bila orang Melayu tak tahu berdikari, akhirnya orang Melayu tak akan maju selama-lamanya. Ingat! sesuatu yang tak halal atau betul dimata ISLAM tak akanlah menghasilkan sesuatu keputusan yang baik.
Alhamdulillah,
Nampak dah ada kesedaran. Yang rugi orang melayu juga. Melayu berpecah tiga, yang untung sudah tentu bukan melayu. Sedarlah, bangsa melayu sekarang sedang dibuli oleh orang bukan melayu. Ada ke kita kekuatan untuk menentangnya. PAS didalam Pakatan, adalah yang terkecil, UMNO pula hilang taring, yang menjadi mangsa besok, anak cucu cicit kita. Jadilah kita seperti melayu diIndonesia, nak gelar negara Islam pun tidak berani. Jangan jadi pengemis didalam negara sendiri...
Pada bukan melayu, kita ini tidak berkemampuan. Universiti yang kita terajui di perlekehkan, sektor awam dan syarikat GLC diketawakan dan pelajar-pelajar tajaan MARA dipersendakan. Sekarang ini kalau PKNS di terajui bukan melayu, itu pada mereka betul and keputusan bijak. KITA INI MEMANG BODOH (TERMASUK PAKCIK SEKALI)!
Dear Thinking of life
Cakap politik again!. BN parties (not UMNO) will raise issues, racial ones, sensitive ones. Parti pembangkang orang Melayu akan jawab. Buat apa jawab?.
Ini mainan politik saja. Pergilah buat kerja lain, jangan layan sensitive overtones ini. Ini mainan BN yang sentiasa cipta isu2 sensitif untuk dilihat penting. Lain takde.
Zaman politik perkauman dah abis. Zaman laga-laga Melayu-bukan Melayu dah abis. BN mainkan lagu lama ini untuk cipta isu perkauman lebih besar?
Salahuddin, jangan turut serta 'main politik'. Biar je BN tu main pondok-pondok dengan main politik ni. Kita semua buat kerja, bangunkan bangsa, negara!.
t Kasih
The Mind!
Orang Melayu??? Kau semua buta ke? Siapa yang ambil kesempatan? Kau kira dgn teliti di UMNO skarang siapa ke orang Melayu? Adake Dr M tu Orang Melayu? bagaimana dgn Si Najis? Ataupun mentri Sheik Hameed?
......DLL........Sudahla kita telah dipergunakan....untuk kekayaan mereka.
Amira
Amat mengecewakan. Di arena politik ini, mereka terlupa apa yang mereka selalu mengajar anak2 mereka, iaitu Asas Islam itu Keadilan and Kemanusiaan. "Arab itu tidak lebih mulia dari bukan Arab". bukankah ini ajaran Nabi SAW.
DEB ini ciptaan UMNO untuk "divide & rule", supaya mereka dapat menguasai kaum2 di Malaysia.
Lihatlah dgn sendiri, siapakah yg dapt kekayaan dari DEB?
Masih mau ini berlanjutan?
Kalau ini daripada orang2 UMNO, itu memang "understood".
Tapi ini daripada orang PAS yg selalu meluangkan keadilan & kemanusian, AMAT MENGECEWAKAN SAMA SEKALI.
Post a Comment