BATU PAHAT - Tindakan Berita Harian yang menyiar kisah rumah tokoh sejarah, Dr Burhanuddin al-Helmi ada gimik politik dan tindakan terkini untuk cuba memancing undi orang melayu di Perak.
Pandangan tersebut dikeluarkan oleh Ketua KeADILan Batu Pahat, Syed Hamid Syed Ali ketika dihubungi oleh Suara Keadilan Online(SK 0n9), dimana beliau berpendapat akibat kegagalan kegagalan kerajaan BN/Umno terutama kerajaan Perak memelihara rumah tersebut sehingga terpaksa diroboh oleh keluarga kerana terlalu buruk.
“Sepatutnya semasa memerintah Tajol Rosli sepatutnya memelihara dan memulihara tinggalan warisan sejarah ini supaya dapat ditatapi oleh generasi akan datang,” jelasnya menepelak laporan Berita Harian berkenaan isu terbabit.
Semalam, SK 0n9, melaporkan yang kolumis Malaysiakini dan Suara Keadilan, Amin Iskandar membantah sekeras-kerasnya perobohan rumah Dr Burhuddin yang merupakan bekas Presiden Pas.
Media arus perdana yang menjadi lidah rasmi BN/Umno, Berita Harian cuba memutar belik fakta bagi memburuk-buruk imej kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang baru hampir 10 tahun mentadbir negeri tersebut.
“Kenapa baru sekarang berita ini dibesar-besarkan sedang rumah tersebut diroboh oleh keluarga pada ramadhan lalu?” soal Syed Hamid yang juga penulis ruangan Cili Api di Suara Keadilan.
Jelas Syed Hamid, apa yang dilaporkan adalah propaganda semata-mata yang cuba menyembunyikan fakta sebenar siapa yang tidak pernah menghargai tokoh kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin yang turut pernah di tahan dibawah ISA.
“BN dan Umno tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga beliau yang difitnah dan dipisahkan kasih sayang seorang ayah dan suami dengan anak-anak dan isteri,” tambahnya.
Oleh itu, sambungnya, rakyat negeri Perak kursusnya mereka yang berada di Gopeng dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan tipu muslihat yang dijalankan oleh Umno ini.
Dalam perkembangan lain, anak Dr Burhanuddin masih gagal dihubungi oleh pihak SK O9.
Sementara itu, Syed Hamid memberi cadangan kepada kerajaan negeri Perak kursus bahagian sejarah dan warisan supaya mengambil pengiktibaran dengan apa yang berlaku dan menjalan kajiaan tentang bahan-bahan bersejarah yang terlalu banyak di sana termasuk rumah dan artifik tokoh kemerdekaan negara.
“Perkara ini perlu supaya kejadian yang sama tidak akan berulang,” ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak media yang baru sekarang mengikhtiraf Dr Burhanuddin sebagai perjuangan kemerdekaan sedangkan sebelum ini mereka hanya mengganggap hanya pimpinan Umno termasuk Tunku Abdul Rahman sahajalah merupakan tokoh kemerdekaan dan sumbangan golongan pembangkang dan kiri tidak pernah disentuh.
“Fakta ini jelas menunjukkan bahawa ini adalah bermotifkan politik,” katanya.
Dr Burhanuddin pernah memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) manakala sayap wanita PKMM, Angkatan Wanita Sedar (Awas) dipimpin oleh Allahyarhamah Shamsiah Fakeh pada sekitar 1946.
Selain Shamsiah, antara tokoh politik lain yang seangkatan dengan Dr Burhanuddin ialah Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Bostaman dan Yahya Nassim. - Syukree Hussain
No comments:
Post a Comment