Terlihat , maksudnya bukan sengaja nak lihat , dalam TV1 , masa siaran langsung persidangan parlimen 14 okt , selasa, lepas habis tu ada pulak slot bicara dengan tetamu , kebetulannya ia terdiri daripada ahli parlimen , YB Pasir Mas, Ibrahim Ali , bersama dgn YB Batu Pahat
Dah TV depan meja makan , nak elak tak dapat , kena lah dengar lawak jenaka kedua – dua tetamu.
Apa yang nak dikatakan di sini , bukan isu baru , semua dah tahu dengan perangai YB Ibrahim Ali ni , iaitu yang nak difokuskan seperti tajuk di atas adalah sangat berkait rapat dengan pendirian dan sikap YB ni sejak akhir – akhir ni
Intro
PRU – 12 , baru – baru ni , beliau bertanding atas ehsan YB MB Kelantan , TGNA , dengan menggunakan tiket & lambang PAS.
Maknanya , PAS dengan seluruh kekuatan , jentera dan dibantu dengan PKR & DAP , bekerja keras memenangkannya.
Tidak mustahil , tanpa PAS & PR , beliau akan kalah.
Tidak lah diketahui , samada terdapatnya perjanjian hitam putih dengan TGNA atau tidak , tetapi sewajarnya sekali pun tidak ada , beliau harus tahu harga diri , reti membawa diri , menjaga penampilan dan pembawaan diri , serta seharusnya memelihara hubungan baik dengan TGNA , PAS & PR.
Strategi
Tidak lah diketahui apakah strategi sebenar TGNA membenarkan beliau bertanding dengan menggunakan tiket PAS dalam PRU-12 lalu !!!
Mungkin boleh diagak , beliau hanyalah sebagai alat sahaja , bagi dijadikan sebagai peluru untuk mematikan “perang psikologi“ bagi DUN Pengkalan Pasir yang telah “dimenangi“ oleh umno/bn dalam piihanraya kecil beberapa bulan sebelum daripada itu dan tidak lebih daripada itu.
Barangkali ada kebenarannya sangkaan di atas !!! Wallahu’allam
Rasanya , ada benarnya , kalau lah dilihat kepada prestasi antara yang terbaik pernah dibuat oleh PAS di Kelantan , iaitu hasil sumbangan beliau yag telah dijadikan sebagai “alat“ dan kubu bagi menyerang dan menahan serangan umno/bn yang bertali arus ketika itu.
Padan muka mung Ibrahim Ali !!!!
Tapi masih tak sedar diri
Ulasan seterusnya
Apa yang diperhatikan dalam temubual dengan pengacara tersebut , beliau banyak menghentam dan memperlekehkan YB DSAI , PKR & PR , iaitu salah satu komponen utama dan “key maker“ & “key player“ dalam PR , tempat dimana beliau mengharapkan belas ehsan dan simpati serta memunggut sisa – sisa namanya yang masih berbaki sebagai ahli politik tanah air.
Adakah tindakan beliau akhir – akhir ini boleh membawa maksud beliau sudah dan telah meludah ke muka TGNA , yang telah “memunggut“ beliau di tepi longkang di Pasir Mas ?
ATAU
Adakah ianya sesuai dengan perumpamaan ini , iaitu “melepaskan anjing yang tersepit“ , atau “mendokong biawak hidup“ ?
Bandingkan dengan bahana yang menimpa Mustafa Ali , Pesuruhjaya PAS Terengganu , ekoran kenyataan “peribadi“ beliau yang ditafsirkan sebagai menyalahgunakan kedudukannya dalam parti dan juga akhbar HARAKAH , telah menyebabkan imejnya jatuh merudum , punah ranah dan hancur lebur kini ?
Sehinggakan ada yang berani mengesyorkan supaya Presiden parti mengambil tindakan meminta beliau mengosongkan jawatan Pesuruhjaya negeri.
Bagaimana ukuran yang hendak kita letakkan berbanding dengan Ibrahim Ali ini ?
Adakah beliau telah mengadap TGNA , seperti mana Mustafa Ali lakukan , dan memohon maaf, di atas segala keculaparan , “kebiadapan“ , ketidakbertanggungjawapan , dan sebagainya ?
Fikir sejenak !!!!
Adakah mungkin perlu dibuat biopsi , dan ujian darah bagi menentukan warna darahnya , adakah sudah menjadi biru pekat , lebih biru dari darah belangkas maupun orang – orang umno tulin ???
Fikir – fikirkan lah !!!
Macam mana orang – orang Pasir Mas ? Setuju atau tidak kita wujudkan satu NGO mendesak YB yang ada sekarang ni kosongkan kerusi dan satu pilihanraya kecil diadakan , dan kita mintak ‘YB’ Ibrahim Ali bertanding sekali lagi , ikut dialah nak guna tiket mana , kecuali PAS , PKR & DAP.
Kita tengok dimana kekuatannya !!!
Referendum Pasir Mas
Sekiranya dipersetujui , rasanya perlu kepada penubuhan sebuah persatuan atau badan bukan kerajaan , yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan , bagi menggerakkan secara rasmi , membuat aktiviti – aktiviti seperti mengumpul tandatangan penduduk Pasir Mas , juga Kelantan , serta Malaysia , khususnya dari Pakatan Rakyat , yang bersetuju bagi mendesak beliau , iaitu YB Ibrahim Ali mengosongkan kerusi parlimen dan seterusnya diadakan satu pilihanraya kecil.
Sikit je lagi !!!
Dalam hal ini mungkin kita boleh mintak tolong dari umno untuk mendisiplinkan beliau , kerana dalam keadaan sekarang ini , tidak mungkin umno bersedia menghadapi satu lagi pilihanraya kecil , apa tah lagi di Kelantan , memandangkan kes terbaharu di Kulim Bandar Bharu pun , umno ‘tewas’ sebelum berperang , tapi tentera Rusia lebih bermaruah seperti dalam cerita ‘combact’ , angkat bendera putih , itu pun lepas kalah dalam perang dengan tentera Amerika.
7 comments:
Dalam banyak banyak perkara nak dibuat, kenapalah perlu ada desakan bodoh ini yang mahu di usahakan.
Jika diizinkan UMNO dan BN, jika ada pertandingan antara Ibrahim Ali (bebas) dengan calon PAS - dua penjuru, belum tentu Ibrahim Ali akan tewas.
Jadi, janganlah bodoh sombong dan buat desakan yang merugikan masa dan tenaga ini.
Kluangman,
Ibrahim Ali adalah seorang oportunist, Ibrahim Ali bukan sahaja tidak menghormati parti bahkan menikam dari belakang. Orang yang tidak pandai berterima kasih tidak harus diberi peluang.
Ibrahim Ali adalah seorang pemimpin Melayu Tulen yang mempertahankan hak Islam dan melayu.. saya amat gemar melihat wawancara membabitkan Ibrahim Ali, antara yng latest di Astro Awani...beliau begitu bersungguh mempertahankan melayu... Jeff Oi x mampu nak balas.. Jd, sy x lihat cadangan anda munasabah...
bakpo 'saye' (sayang) beno kluangman ko brahim ali tu.. jenis lagu tu tok soh kato ore nok undi, pokok kayu pun tok sir. dulu tak po la kluangman, (yakin beno dgn pengundi 'tegor' brahim ali tuh), tapi lo ni dio doh 'derhako' pada tok guru. Kepercayae' hok tok guru wi tu, guno la molek. klu tok suka kat DSAI - dok senyap lagi baguih dari wat mulu celupar lagu tu. Mu ingat mu biso sangat ko brehim, masuk kubor jugok mu esok2 eehh...
Ya Allah..............
Ya Allah..............
Ya Allah..............
Kenapa la ada makhluk yang menentang orang yang menegakkan kepentingan orang melayu dan islam. dimanakan duduknya orang yang menentang tersebut.
banyakkan lah bertaubat...
Pada saya ibrahim ali ni jenis orang tak kenang budi.Dari komen2nya nampak sangat seperti seorang yang gila talak kalau2 boleh rujuk balik dengan umno.tapi wahai ibrahim ali jangan kata umno,monyet pun tak akan rujuk kembali kalau dah perangai macam mu ni.
IBRAHIM ALI NIE MEMANG JENIS KATAK YG TAK SEDAR DIRI...BADI UMNO TETAP DIBAWANYA WALAUPUN MENANG ATAS TIKET PAS.
Post a Comment