Menurutnya ketika dihubungi Suara Keadilan Online pagi ini, kos pengeluaran yang telah bertambah akibat kenaikan minyak mendadak petengahan tahun ini,mengakibatkan harga barangan melambung tinggi.
Oleh yang demikian, menurut Tian,
jika kerajaan perlu meneliti semula belanjawan yang begitu lemah diumumkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi.
“Ini berlaku disebabkan kerajaan sekarang tidak teliti tentang perancangan membuat belanjawan,” katanya.
“Walaupun harga minyak sudah diturunkan namun harga barang keperluan memang sukar hendak diturunkan kerana kos pengeluaran juga bertambah,” jelas Tian.
Semalam kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen bagi petrol RON97 dan
10 sen bagi petrol RON92 dan Diesel berkuat kuasa hari ini walaupun pasaran minyak dunia turun hingga USD 80 setong.
Menurut Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, penurunan dengan kadar yang sedikit adalah tanda kerajaan Barisan Nasional tidak cekap menguruskan ekonomi negara.
“Sekiranya belanjawan diteliti balik,dengan keadaan harga minyak boleh diturunkan dengan banyak sekaligus
sebagaimana BN menaikkan harga minyak dengan tinggi pada pertengahan tahun ini,” jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment