KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Kewangan baru, Dato' Seri Najib Tun Razak agar membentang belanjawan negara yang baru.
Menurutnya di sidang parlimen hari ini, belanjawan negara sebelum ini yang dibentang oleh bekas Menteri Kewangan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai 'outdated budget' dan tidak relevan dengan krisis ekonomi dunia yang sedang berlaku ketika ini.

Belanjawan negara sebelum ini telah dibentang oleh Abdullah pada 29 Ogos yang lalu.
Tidak beberapa lama selepas pembentangan belanjawan negara, Abdullah telah melepaskan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri.
Ucapan Anwar di parlimen hari ini adalah yang pertama sebagai Ketua Pembangkang. Di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998, Anwar adalah Menteri Kewangan sebelum dipecat dari jawatannya.
2 comments:
Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Dah tak ada ayat lain kah HIDUP UMNO, HIDUP UMNO. TAI palat kau !! sa ni ku lu
Post a Comment