msomelayu | ...Mungkin ada beranggapan beliau kecewa dan hilang kepercayaan kepada Umno apabila beliau tidak cukup pencalonan untuk mengekalkan ketua bahagian Umno Kota Bharu yang pernah dimenanginya.
Apapun tanggapan dan apa hakikat sebenar disebalik tindakan beliau itu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Zaid. Kerana ternyata beliau lebih baik dan bermaruah berbanding Ibrahim Ali.
Beliau berjaya menunjukkan rasa tanggungjawabnya. Dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Putrajaya pagi ini Zaid kekal dengan keputusannya, melepaskan jawatan yang menjadi kegilaan ahli politik itu.
Maknanya beliau tidak menghiraukan kepada rayuan dan permintaan Abdulah Ahmad Badawi agar beliau berfikir. Tikit percutian dua minggu tidak diambil dan dilayan oleh Zaid.
Keputusan itu dibuat mungkin setelah rayuan dan permintaannya kepada Abdullah ketika berjumpa semalam tidak dilayan.
Mungkin Zaid mendesak agar Abdullah membebaskan Teresa Kok dan Raja Peutra Kamaruddin. Ataupun juga beliau meluahkan apa yang berlaku dan sedang dilakukan oleh seseorang di Kota Bharu yang menyebabkan beliau tidak cukup pencalonan.
Apabila desakan dan rayuan atau rintihan itu tidak didengar oleh Abdullah, jadi untuk apa beliau tunggu lagi. Jelas beliau sudah tidak sehaluan dan sejalan dengan Abdullah. Maka jalan baru perlu diambil. ... selanjutnya.
16 September 2008
Zaid Lebih Bermaruah Daripada Ibrahim Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment