Q&A: Anggota kabinet turut lompat Sep 16, 08 7:18pm Berikut adalah jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap soalan pemberita dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini di mana beliau berkata mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.
Q: Siapakah ahli parlimen berkenaan dan adalah Datuk Seri akan umumkan nama mereka?
Anwar: Persoalan dibangkitkan mengenai siapa dan di mana mereka. Kita dedah nama mereka sekarang dan mereka terus akan diganggu. Jadi, saya memberitahu anda sekarang bahawa saya memilih untuk memberitahunya kepada perdana menteri.
Dan jika beliau mahukan senarai tersebut, saya akan tunjukkan dalam pertemuan nanti. Sehingga tiba masa yang sesuai, kita tidak akan isytiharkan. kita tahu bagaimana sistem berkenaan beroperasi.
Cukuplah Teresa Kok seorang sahaja yang ditahan.
HOT ! ABDULLAH MAHU ANWAR TUNJUK NAMA – TERKINI
“ Jika dia (Anwar) ada nama-nama itu, dia harus menunjukkan nama-nama tersebut kepada seluruh negara. Semua orang ingin tahu,” kata Abdullah Badawi.
Abdullah Badawi hanya akan bertemu dengan Anwar Ibrahim jika ketua Pakatan Rakyat telah mendedahkan nama-nama ahli parlimen Barisan Nasional yang kini menyokong Pakatan Rakyat.
Thestaronline - PM: Go public with the list
No comments:
Post a Comment