(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu..
Perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu lalu.
.
Muhyiddin mendedahkan perkembangan tersebut di sini sebentar tadi berkata: "Dr. Mahathir sendiri menyatakan hasrat untuk kembali kepada Umno."
.
Kata Muhyiddin, beliau telah menemui Dr. Mahathir atas permintaannya minggu lalu.
.
Malah, jelas Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.
.
- mStar Online
No comments:
Post a Comment