Umno chieftain meets PM in Putrajaya
Ahmad Ismail, the man at the centre of the 'racial slur' controversy, had a meeting with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi at the Prime Minister's Office in Putrajaya.
.
.
PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail dipanggil menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini berhubung kenyataan beliau bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak sama.
.
Sambil mempertahankan kenyataannya itu, Ahmad berkata bahawa ucapannya mengenai perkara itu telah dimanipulasi oleh Gerakan.
.
"Saya tetap dengan kenyataan saya dan tidak akan meminta maaf," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu.
.
Ahmad juga berkata cadangan beliau supaya Gerakan keluar daripada Barisan Nasional adalah sekadar pendapat peribadinya.
.
Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengenakan tindakan terhadapnya, beliau berkata Abdullah tidak menyatakan sebarang bentuk tindakan.
.
"Mungkin Perdana Menteri akan membincangkannya dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN petang ini," kata Ahmad sambil menegaskan beliau sedia berdepan dengan sebarang tindakan.
.
TIDAK BERGANJAK... Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tetap mempertahankan pendiriannya untuk tidak meminta maaf kepada masyarakat Cina berhubung kenyataannya bahawa 'orang cina hanya menumpang'. Bagaimanpun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan pucuk pimpinan parti.
.
Kapsyen: CERIA...AHMAD keluar dari pejabat Perdana Menteri dengan wajah ceria sambil melambaikan tangan kepada wartawannya yang menunggunya di luar.
Kapsyen: CERIA...AHMAD keluar dari pejabat Perdana Menteri dengan wajah ceria sambil melambaikan tangan kepada wartawannya yang menunggunya di luar.
.
Beliau dipanggil menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra hari ini berhubung kenyataannya yang mendakwa bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak sama.

Sambil mempertahankan kenyataannya itu, Ahmad berkata bahawa ucapannya mengenai perkara itu telah dimanipulasi oleh Gerakan. -Foto China Press.
Sambil mempertahankan kenyataannya itu, Ahmad berkata bahawa ucapannya mengenai perkara itu telah dimanipulasi oleh Gerakan. -Foto China Press.
.
- mStar Online
No comments:
Post a Comment