Walau bagaimanapun Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua.
InsyaAllah rumah terbuka DUN Chempaka akan diadakan pada hari Sabtu 11 Okober 2008, 10.30 pagi hingga 1.00 petang di Padang Pebandaran Ampang Jaya. Depan Balai Bomba Pandan Indah. Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir.
Satu berita yang ingin saya kongsi bersama adalah penggantungan kerja Setiausaha / TYDP MPAJ, Abdul Hamid Husain.
Berita tersebut telah saya baca di dalam akhbar The Star 30 Oktober dan ianya susulan perobohan sebuah kuil Hindu di Ampang. Pengumuman penggantungan itu telah dibuat oleh Exco Kerajaan Tempatan & Penyelidikan, YB Ronnie Liew dan menurutnya ianya adalah keputusan Exco Selangor.
Walau bagaimanapun, sepanjang ingatan saya tidak ada mesyuarat Exco atau perbincangan Exco yang mengambil keputusan untuk menggantung Hamid. Sepatutnya perkara sepenting ini dibuat secara kolektif oleh Exco dan bukan orang-orang perseorangan. Lebih-lebih lagi saya tidak ingat pernah ditanya tentang hal ini walaupun DUN saya adalah di bawah bidangkuasa MPAJ.
Selain dari itu, saya juga berpendapat kakitangan-kakitangan kerajaan Negeri tidak seharusnya dipersalahkan jika mereka telah menjalankan tugas tidak bertentangan dengan undang-undang tetapi tidak tepat dari segi politik. Mereka bukan orang politik!
Saya bimbang tindakan ke atas Hamid akan melemahkan semangat kakitangan kerajaan Negeri. Mereka sekarang berada di dalam kedudukan yang amat menyulitkan.
Bolehkah mereka bertindak ke atas perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang atau mereka perlu "tutup sebelah mata" kerana takut dimarahi oleh orang-orang politik?
Saya amat bimbang jika kita mula "menutup sebelah mata" maka seolah-olah tidak ada lagi undang-undang di dalam masyarakat.
30 Oktober 2008

Iskandar Abdul Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor
http://iskandar56100.blogspot.com/
6 comments:
Hi semua,
Mengikut kenyataan yang telah dibuat oleh beberapa orang ahli majlis kerajaan negeri Selangor, satu surat pekeliling telah dihantar kepada semua Majlis Kerajaan Tempatan di Selangor beberapa bulan yang lalu bahawa sebarang tindakan untuk roboh tempat agama tidak boleh diambil tanpa kebenaran diberikan dulu oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Jika YDP MPAJ engkar dan tidak mematuh kepada surat pekeliling khas itu, maka nyata sekali tindakan penggantungan kerja sewajarnya diambil oleh Ahli Majlis yang bertanggungjawab. Saya hairan mengapakah post anda menyatakan ini tindakan secara individu bukan kolektif memandangkan surat pekeliling ialah satu arahan kolektif kerajaan negeri!
Hi semua,
Minta maaf atas kesilapan saya dalam perenggan kedua, iaitu YDP MPAJ sepatutnya ialah TYDP MPAJ.
saya sokong dengan kommen tan, tanjong bungah,
' Saya hairan mengapakah post anda menyatakan ini tindakan secara individu bukan kolektif memandangkan surat pekeliling ialah satu arahan kolektif kerajaan negeri!'
INI bukan polici politik tetapi polici kerajaan baru, tolong lah buka mata dan janganlah support sahaja sebab orang yang di tangguh kerja, adalah orang melayu. macham mana kalau surau atau masjid di robohkan, dan pegawai itu seorang cina, memang terjadi peristiwa may 13 sekali lagi dari kaum melayu. so tolong jangan jadi kaki hypokrit. jangan lupa kaum bukan islam telah pun undi untuk calon PAS, adakah ini balasan orang pas, apa bezanya dengan org UMNO. kalau Orang PAS anti=kaum bukan islam.
lAIN KALI PAKAI LAH OTAK SEDIKIT DAN PANDANG RENDAH KEPADA ORANG LAIN.
Walapun kuil ini terletak dalam kawasan kerajaan negeri/persendirian, Pegawai atasan sepatutnya meminta pendapat ataupun izin Exco/Menteri Besar sebelum menjalankan tugas dalam isu-isu sensitif seperti ini.
Encik Hamid boleh bertindak mengikut undang-undang dalam banyak hal yang lain, kalau dia sensitif kepada orang bukan agama islam, saya pasti dia tidak akan buat keputusan ini sebelum merujuk kepada orang atasan
Kenapa Encik Iskandar tidak megambil masa untuk keluarkan statement apabila orang ditahan dengan alasan alasan bodoh seperti mengurangkan bunyi pembesar untuk azan, untuk kepentigan politik. Tiada sessiapa pun soal azan pada masa ini, sekiranaya adapun kenapa tidak berikan maklumt yang betul dimana keperluan pengunaan pembesar untuk azan daripada menahan mereka dalam ISA.
Saya harap semua akan hormat satu sama lain dan bincang isu-isu seperti ini sebelum buat keputusan
Selamt Hari Raya Kepada semua
SELAMAT HARI RAYA......
INILAH AKIBATNYA JIKA PERKARA BETUL DIBUAT OLEH KERAJAAN DAHULU TAPI DIPOLITIKKAN OLEH PIHAK LAIN. INILAH AKIBATNYA JIKA KEPENTINGAN POLITIK MENGATASI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.
YB SEKARANG MUNGKIN AKAN TERASA DIUGUT AKAN KEHILANGAN UNDI..SUDAH ADA PIHAK YANG MULA MENGGUNAKAN UNDI UTK MENGUGGUT.
KEROSAKAN AKIBAT MEMENTINGKAN KUASA POLITIK INI SEMAKIN SUKAR UTK DIBAIKI MALAH MUNGKIN AKAN BERTAMBAH PARAH. ADA PIHAK YANG MERASAKAN SETELAH MENGUASAI EKONOMI MEREKA MAHU PULA MENGUASAI POLITIK.
KETIKA MEREKA MAHU QUOTA MELAYU DIIMBANGI UTK KAUM MEREKA, PENGUASAAN EKONOMI NEGARA OLEH MEREKA DIDIAMKAN MALAH AKAN MELENTING JIKA PENGUASAAN EKONOMI OLEH MEREKA PERLU DIKURANGAKAN KE TAHAP 50:50.
"TANGAN" YG MENYEDIAKAN RUANG DAN PELUANG KEPADA MEREKA KINI MENUTUP MATA DAN MEMEKAKKAN TELINGA SEOLAH-OLAH TIADA APA YANG BERLAKU.
SURUH JA ANWAR TU TINGGAL BERSAMA DENGAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA, HIDUP DAN BERSOSIALISASI BERSAMA MEREKA.
Hmm..
ramai salah anggap sebenarnya..
dalam kes tu saya berpendapat TYDP dianaya. YDP langsung tak endah perkara tersebut..krana benda ini ada dimasukkan dlm minit mesyuarat..tp YDP mendiamkan setelah isu ini keluar!! YDP MPAJ Sengaja mengenakan tn hamid. YDP MPAJ sbnrnya tak bertanggunggjawab dengan pegawai undang2 dan perlesenan. Sedangkan mereka dah tahu kerjaan dah kuar pekeliling tp tak dibawa ke mesyuarat sblm kerja merobohkan dibuat. YDP MPAJ mengarahkan PA nye menyimpan minit mesyuarat untuk kuil tersebut supaya beliau tidak dikenakan tindakan, dan beliau sengaja tindakan diambil ke atas TYDP tersebut. dan kerajaan negeri selangor tidak membuat pemeriksaan fail-fail ke atas minit mesyuarat berhubung kuil tersebut..fikirfikirkanla..
-staff mpaj-
Post a Comment