30 September 2008

Keluar BN: Pemuda Gerakan anjur jelajah dapatkan maklum balas - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Kepimpinan baru Pemuda Gerakan melalui pemilihan pada 10 dan 11 Oktober ini akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi maklumat berhubung kesan jika parti itu terus kekal atau memilih untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Ketua Biro Belia dan NGO dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Gerakan, Stephen Doss berkata, mereka akan mengadakan seminar dalam setiap jelajah bagi mendapatkan maklmat balas yang akan dikemukakan pada mesyuarat agung khas Pemuda Gerakan.

"Kami membuat keputusan untuk mengadakan jelajah bagi memberi maklumat ke peringkat akar umbi dan mendapatkan maklum balas mereka kerana sekarang banyak pihak yang membuat keputusan mengikut emosi.

"Kami menetapkan selama setahun untuk mengadakan siri jelajah berkenaan tetapi ia bergantung kepada keadaan dan tidak semestinya ia mengikut masa yang ditetapkan," katanya.

Beberapa pemimpin Gerakan peringkat bahagian telah membaut saranan agar parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam BN kerana tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan oleh BN. BERNAMA

1 comment:

tan, tanjong bungah said...

Hi semua,

Jelajah Pemuda Gerakan itu untuk mengumpul maklumat adalah satu sandiwara sahaja. Pemimpin Gerakan dan kroni mereka merupakan kumpulan BNputra yang sudah lama menikmati banyak keistimewaan dalam berbagai bidang termasuk kontrak, biasiswa untuk anak dan saudara mereka, dll. Walaupun KTK menyatakan lebih daripada 60% ahli Gerakan mendesak keluar BN (mungkin angka sebenar jauh lebih besar daripada yang diumumkan!), pada akhirnya alasan demi alasan akan diberikan sebabnya mereka kekal dalam BN.

KTK baru-baru ini telah disindir oleh Naib-Pengerusi UMNO P Pinang dan juga orang kanan Pak Lah di Bahagian Kepala Batas dengan ugutan lebih baik Gerakan keluar dari BN memandangkan ianya satu 'parti perosak' dalam BN! Muka Gerakan dan pemimpinnya cukup tebal, dan sungguh tebal sehingga mereka akan terus berada dalam BN!

Tak apalah, oleh sebab dalam GE13 nanti Gerakan akan menerima nasib yang sama dengan apa yang diterima oleh PPP!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese