Menurut laporan, lebih 60% ahli Gerakan tidak lagi yakin dengan BN. Tambahan mereka suara pemimpin Gerakan kini bagaikan "sampah" dan mereka kini seolah-olah diperkotak-katikkan oleh pemimpin UMNO. Banyak isu yang menjurus ke arah itu, dan yang terkini isu perkauman yang dicetuskan oleh Ahmad Ismail UMNO Bukit Bendera dulu. Kata-kata pemimpin Gerakan agar Ahmad disiasat polis dan didakwa, tidak menjadi. Bahkan lain mula mangsa yang dikenakan tindakan, Ahmad hanya digantung oleh parti karat itu. Semua ini menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak lagi mahu mendengar suara Gerakan. Malahan turut membiarkan ahli UMNO mengoyak dan memijak-mijak poster Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon baru-baru ini. Semua ini harus diambilkira oleh mereka dalam menilai erti sebuah persahabatan dengan UMNO itu sendiri.
Kini, masanya sudah tiba. Menyedari hakikat inilah menyebabkan ahli-ahli Gerakan sudah bosan dengan kempimpinan mereka yang diperlakukan sedemikian rupa. Apakah Gerakan akan turut keluar BN seperti apa yang dilakukan oleh SAPP di Sabah. Terbaru, kita juga mendengar berita bahawa satu lagi komponen BN di Sabah bakal mengikuti jejak SAPP. Parti UPKO iaitu antara yang kini lantang bersuara untuk mempertikaikan layanan dan keistimewaan rakyat Sabah setelah sekian lama menyertai Malaysia. Bahkan UPKO juga dilihat sudah mula hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN dan bakal membuat keputusan drastik dalam masa terdekat ini. Apakah ini petanda bahawa perubahan yang dimaksudkan oleh Anwar bakal terlaksana jua akhirnya?.
Namun, kita amat gusar dan kecewa melihat kepada kenyataan terbaru Presiden PAS, Hj. Hadi Awang, bahawa mereka hanya akan bersama kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya suara majoriti Islam atau Melayu tidak dipinggirkan. Beliau menekankan bahawa PAS tidak akan menyertai kerajaan baru Anwar itu jika majoritinya dikuasi oleh wakil rakyat bukan Islam. Dalam pada itu Hadi juga masih berharap agar wakil rakyat UMNO menyertai PAS jika mahu membina kekuatan Islam dan orang Melayu di negara ini. Beliau juga seolah-olah mengugut pabila jumlah wakil rakyat bukan Islam melebihi kerusi anggota Dewan Rakyat beragama Islam, maka PAS akan membuat keputusan untuk sedia menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Hadi menegaskan bahawa syarat utama pembentukan Pakatan Rakyat ialah majoriti Islam mesti dijadikan asas utama. Jika ini tidak berlaku PAS tidak akan sertai kerajaan baru pimpinan Anwar itu.
Minggu lepas, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz Nik Mat dan TG Hj.Hadi di Kota Bharu bagi membincangkan perkembangan terbaru mengenai sasaran tersebut. Difahamkan, dalam pertemuan itu Anwar sekali lagi memberi jaminan tidak akan meminggirkan PAS apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru persekutuan. Apakah kedua-dua pemimpin itu masih mengharapkan UMNO untuk berkerjasama dengan mereka, walhal mereka sendiri tahu bahawa orang-orang Melayu yang menjadi pemimpin UMNO lebih teruk perangainya daripada kaum lain. Masalah sosial, gejala rasuah dan penyelewengan dilihat menjadi satu wabak penyakit yang kian parah dalam parti karat itu.
Maka, jika pemimpin PAS itu masih berpendirian untuk berkerjasama dengan UMNO bagi membentuk majoriti Islam dan Melayu, ia mungkin satu pekerjaan yang terlalu sukar untuk diperkatakan buat masa ini. Namun segalanya adalah terletak dibahu para pemimpin terbabit. Cuma buat masa ini, Hj. Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka. Kerana ia bisa mengundang "masalah" di kemudian hari. Kita hanya merancang tapi segalanya Allah yang akan menentukan. Justeru itu jangan terlalu "berkira" dan menimbulkan berbagai "syarat" yang akhirnya akan menggagalkan tujuan murni itu.
http://pahangdaily.blogspot.com/
5 comments:
Pada pandangan saya, ada 3 golongan yang sedang mengancam PAS:
(1) UMNO
(2) Fraksi UMNO dalam PAS
(3) Orang bukan Islam yang kurang beragama
Hakikatnya (1) sedang menyebarkan propaganda kepada penyokong PAS kononnya PAS sudah menggadaikan prinsipnya termasuklah perundangan Islam demi bersama Pakatan Rakyat.
(2) pula kalau nak tahu bolehlah tanya blogger Tulang Besi dan mungkin (2) bertanggungjawab memberi info yang salah kepada Hadi Awang, di samping menuduh ahli PAS yang sedia bersama Pakatan Rakyat sebagai 'badan PAS tapi baju Keadilan'.
(3) pula ada di BN dan PR contohnya Wong Chun Wai yang lebih sensitif kepada isu konsert Avril Lavigne dan ladang babi daripada pemusnahan rumah ibadat orang bukan Islam. Sedikit sebanyak mereka menyebabkan (3) di dalam PR meminta PAS supaya mengurangkan 'demand'nya serta prinsip perjuangannya dan menyebabkan sokongan terhadap PAS berkurangan.
Selamat Hari Raya!
PAS bimbang kalau MP bukan Islam dalam PR lebih ramai dari Islam. Apa-apa bills bertentang Islam pasti dapat diluluskan. Satu pandangan yg sempit atau tidak tidak saya pastikan. Apa yg jelas sekarang ini pun ahli parlimen yg beragama Islam jauh mengatasi yg bukan Islam. Tidak tahulah kalau yg Islam pun menentang Islam?
Salah satu cara PAS untuk mengatasi kebimbangan ini ialah menyakinkan ahli parlimen umno untuk menyertai PAS. Kena kerja kuatlah. Jangan dok diam dan buat press conference sana dan sini. Di Trengganu pun kalah, apa macam mana?
Apa sekalipun, tanpa Pas orang melayu akan berhenti sokong pakatan rakyat.
Walaupun jumlah kerusi parlimen Pas kecil dan parti itu kalah di terengganu, semua impian PKR dan DAP untuk memerintah negara ini akan berkecai apabila Pas berhenti menyokong PR. Cubalah kalau tak percaya.
Selagi Ustaz Hadi memberi perhatian kepada apa yang di rancang oleh puak puak PAS Terengganu yang Pesuruhjaya nya Mustafa Ali itu teringin sangat berkerja dengan PAS selagi itu lah politik PAS akan berkucakacil dan tak menentu arah. Muslihat yang di bawa oleh segulungan PAS yang berpolitik seperti di zaman batu ini perlu di buangkan dahulu. Jangan bagi muka sangat kepada orang orang yang mempunyai muslihat untuk mendapatkan hanya kedudukan dan bukan memikirkan halatuju yang patut dibawa untuk negeri ini.
Brother,
Jangan perkecilkan usaha dan perjuangan PAS. Jangan perlekehkan kepimpinan ulamak yang kami pilih sejak tahun 1982 lagi.
Jangan belakangkan Islam yang kami perjuangkan. Walaupun pemimpin tuan suka main belakang.
BELAKANG PARANG
Post a Comment