29 September 2008

DSAI Bersama Masyarakat di Permatang Pauh - Malaysiakini

PERMATANG PAUH 29 SEPT- DSAI sempat pulang dan berbuka bersama masyarakat di Permatang Pauh semalam. Turut hadir ialah KM YB Lim Guan Eng,YB Yusmadi , ahli masyarakat yang turut sama berbuka bersama DSAI di Taman pauh Indah. Beliau kemudian hadir bersolat taraweh di kampung Kuala mengkuang. Beliau kemudian hadir dalam satu majlis kenduri yang diadakan di kampung Terus Guar Perahu.

http://wrlr.blogspot.com/
Bercerai Kaseh Bertalak Tiada…
Imam Masjid Kuala Mengkuang di Permatang Pauh sempat bermadah sabelum menjemput saya memberikan tazkirah selepas menunaikan solat tarawikh sebentar tadi. “Bercerai kaseh bertalak tiada,” kata beliau untuk mengungkapkan rasa rindu penduduk Kuala Mengkuang sepanjang ketiadaan saya akibat dipenjarakan oleh rejim yang zalim.

Madah itu saya kira, juga sesuai untuk mengungkapkan rasa rindu umat Islam kepada Ramadhan Karim yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Saya ambil kesempatan mengingatkan diri serta jemaah Kuala Mengkuang peri pentingnya buat umat Islam merebut peluang memperkasakan kekuatan ruhiyyah ketika menjalani ibadat berpuasa. Bulan yang mulia ini merupakan madrasah terbaik bagi kita menghayati pengertian dan anjuran Al-Quran, moga dilimpahkan Allah S.W.T dengan keredhaan dan petunjukNya.

Maka dengan itu bila saja kita umat Islam melihat fasad dan kezaliman bermaharajalela, islahislah ataupun perubahan bukan hanya untuk memenuhi hasrat rakyat, bahkan juga untuk mendakap seruan Al-Quran sebagaimana yang difirmankan Allah Azza Wajalla di dalam Surah Hud ayat 88. Nasehat Nabi Allah Syuaib kepada kaumnya cukup mengesankan. Usaha dakwah yang bersungguh-sungguh berserta kerendahan hati dan tawakkal baginda kepada Allah merupakan antara asas buat kita menghayati erti ‘Generasi Qurani Yang Istimewa.’ mesti dilaksanakan agar keadilan dapat ditegakkan. Melakukan

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese