14 September 2008

Pakatan mahu temui PM bincang suasana politik

Anwar: National unity and political stability is most import

Pakatan mahu temui PM bincang suasana politik, tangguh pelan 16 Sept.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat yang menyasarkan untuk membentuk kerajaan baru 16 September - Selasa ini - melahirkan hasrat untuk mengadakan pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secepat yang mungkin.

Ketika mengumumkan perkara itu di sini semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu perlu untuk membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

"Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara," kata beliau dalam kenyataan di blognya malam tadi.

Selain itu, kata beliau, Pakatan Rakyat akan mengadakan himpunan secara aman bersama Kerajaan Negeri Selangor di Stadium Kelana Jaya malam esok bagi merayakan Hari Malaysia.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat tertinggi khas Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini petang semalam.

Dalam pertemuan yang disyorkan itu, Pakatan Rakyat mahu menyampaikan kebimbangannya terhadap apa yang mereka takrifkan sebagai penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - mStar Online, Seterusnya

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese