14 September 2008

Memperingati 'Sabra & Shatilla', Sept. 1982

September, 1982: Pembantaian Sabra dan Shatilla
"Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagian lain di Lubnan. Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua."

"The Sabra and Shatila massacres: eye-witness reports" Leila Shahid, with an introduction by Linda Butler, in Journal of Palestine Studies XXXII, no. 1 (Autumn 2002)

Robert Fisk, salah seorang wartawan pertama yang mengunjungi tempat kejadian, menganggarkan "2000 orang awam pelarian Palestina perempuan dan lelaki - telah terbunuh di Shatilla."

Bulan Sabit Merah Palestina menyatakan angka korban lebih dari 2000 orang.

Dalam bukunya yang diterbitkan segera setelah pembantaian itu, wartawan Israel, Amnon Kapeliouk dari Le Monde Diplomatique, menyimpulkan sekitar 3000-3500 pelarian Palestina 'dikutip oleh orang Palestin'.

al-Fatihah untuk saudara-saudara Palestina kita yang dibunuh.

Blog prihatin Palestina, klik sini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese