30 September 2008

MB Kedah: Hormatilah Masjid, Teresa Kok - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 29 Sep (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid.

Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati

''Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain.

''Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ," kata beliau.

"Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam," Utusan Malaysia memetik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai berkata.

Akhbar tersebut baru-baru melaporkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Setiausaha Akhbarnya, Y W Yeoh bagaimanapun menjelaskan, Selepas Teresa dibebaskan 19 September lalu, beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan pelbagai program setelah dijemput pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut.

"Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 petang, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian. Lagipun, jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.

"Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap �kurang sopan� atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut.

"Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid," katanya.

Isu tersebut dibangkitkan setelah tersiar laporan dan gambar majlis tersebut di dalam blog Teresa. Lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan MB. kita perlu hormat tempat ibadat. tetapi kena di malaysia, kuil hindu, banyak kuil hindu dirobohkan tanpa sebab yang munnahsabah. kuil dirobohkan dalam keadaan yang amat memilukan.Kenapa? dimana MB kedah semasa itu. Hormat itu utk semua orang. bukan segelintir sahaja. saya harapkan maklum balas anda (admin blog ini)

prasathk15@gmail.com

Anonymous said...

Tidak mengapa tak tutup aurat pu. Asalkan YB berkenaan orang kita dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah Malaysia nanti.

InsyaAllah DSAI akan mendakwah pemimpin non muslim ini agar lebih mengerti dengan tata budaya dan Amalan Islam.

Anonymous said...

For goodness sake, just give the lady a break! She was just released from ISA detention, and instead of taking time off, she immediately resumed her duties/responsibilities as exco...and what thanks does she get?
Why don't the ppl at the mosque just ban her from entering in the first place? Instead of nit-picking all these small details AFTER it happenned. I mean, she was decently dressed AND was at the mosque's compound..not IN the mosque. It's like they are are just WAITING for her to commit a faux pas (no matter how minor) and pounce on it... Humpph!

Anonymous said...

PADA DATUK MB KEDAH KALAU TAK CERITA JANGAN KOMEN PASAL ORANG.KENA TAHU LE HUJUNG PANGKAL.BUKAN TERESA KOK BARU LEPAS DARI ISA DAN TERUS PERGI KE MASJID KERANA ADA JEMPUTAN.DATO MB KEDAH TOLONG TENGOK YANG BAIK DARI TERESA KOK,JANGAN NAK PANDANG YANG BURUK JE NANTI DATO DENGAN MANTAN KHIR TOYOL SAMA SAJE.KALU TERESA KOK TAK PAKAI PAKAIAN SOPAN BUKAN BERMAKNA DIA TAK HORMAT AGAMA ISLAM.KALAU TAK TAU TANYA LAH ORANG ORANG ISLAM DI TEMPATNYA MACAM MANA REKOD PERKHIMATANYA TANPA MENGIRA BANGSA.JANGAN NAK JADI PAK TURUT KHIR TOYOL.KALAU TAK TAU LAGI RUJUK PADA TUAN GURU LAH-NIK AZIZ.MACAM MANA DENGAN NEGERI KEDAH DI BAWAH PENTADBIRAN DATO`.ADA KAWAN TALIPON MAI KATA PAKATAN PUN SAMA MACAM BN JE.TAK DA APA KATANYA.DEPAN IDAK BELAKANG PUN IDAK.ORANG KEDAH KOMPLAIN DATO TAK TURUN PADANG.DAPAT KERUSI MB DAH LENA ATAS KERUSI KUT.KALAU TAK LARAT SERAH KAT AMIRUDIN JE.TAPI SAYA NAK TANYA KAT DATO` SATU LAH-BUKAN PIHAK MASJID BOLIH BAGI JUBAH KAH ATAU APA APA KAIN YANG BOLIH TUTUP AURAT DIA.BUKAN KAH ITU TANGGUNJAWAB PIHAK MASJID DAN ORANG ISLAM.BILA SUDAH BAGI TAPI BELIAU ENGKAR BARU LAH BOLIH KATA BELIAU TELAH JATUHKAN MARUAH ISLAM ATAU TIDAK MENGHORMATI ISLAM.MINTA MAAF DATO` KALAU BERKASAR SIKIT.SELAMAT RAYA DAN SALAM WALAIKUM.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese