30 September 2008

MP Kapar sah mahu letak jawatan PKR Selangor - Malaysiakini

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan yang beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan Timbalan Badan Perhubungan PKR Selangor ekoran tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)merobohkan sebuah kuil bulan ini.

Wakil rakyat itu berkata, beliau telah membuat pendirian untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut jika pucuk kepimpinan negeri gagal menangani isu berkenaan.

Bagaimanapun Manikavasagam berkata, beliau belum lagi menyerahkan surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, sebaliknya mahu memberi masa kepada Pengerusi PKR negeri itu mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai kanan MPAJ.

Selain itu beliau mahu kuil berkenaan dibina semula.

"Saya akan tunggu, saya akan tunggu... saya hendak melihat apa tindakan Menteri Besar ke atas MPAJ. Lepas itu saya akan muktamadkan keputusan saya," kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Mengenai tempoh yang akan diberikan, Manikavasagam berkata, "kita tunggu sehingga selepas sambutan Aidilfitri ini, mungkin minggu depan."

"Tak perlu tunggu sebulan...," katanya.

Manikavasagam mengakui bahawa masyarakat India kini marah dengan tindakan MPAJ merobohkan kuil berkenaan di sebalik janji kerajaan Pakatan Rakyat. - mStar

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese