15 September 2008

Dua Pemilik Bengkel Mengaku Tidak Bersalah

Kuala Terengganu - Dua pemilik bengkel yang dituduh membuat tuntutan palsu kepada kerajaan Terengganu berhubung pembekalan perkhidmatan penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive, mengaku tidak bersalah

Tor Kok Siong, 52, yang memiliki bengkel di Bukit Kecil dan Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel di Chendering dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini.

Tor (gambar kiri ) dituduh mengemukakan empat tuntutan palsu berkaitan pembekalan perkhidmatan penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM72,230.73.

Tuduhan pertama keatas Tor adalah, pada Ogos tahun 2007 beliau telah memberikan satu invois yang mengandungi butiran yang dikatakan palsu, mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri Hashim Abdul Rahma di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), Wisma Darul Iman, untuk Proton Perdana V6 Executive, TAG 7979,

Tuduhan kedua dan ketiga, pada Jun 2008 Tor juga menyerahkan invois tuntutan bagi pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor TT3, dan menyerahkan invois tuntutan pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.69 untuk kenderaan bernombor TT7 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK A Rahim di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), Wisma Darul Iman.
Kedua-dua tuntutan itu dikatakan palsu.

Tuduhan keempat, adalah pada November 2006 Tor menyerahkan satu invois tuntutan yang dikatakan palsu bagi pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 untuk kereta bernombor TAG 8778 berjumlah RM18,057.68 kepada Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terenganu, Zulkifly Isa.

Tor didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 6 akta yang sama iaitu penjara 14 hari dan denda lima kali nilai suapan jika sabit kesalahan.

Bernama melaporkan, permohonan Timbalan Pendakwa Raya BPR Mohd Sophian Zakaria kepada mahkamah supaya Tor dikenakan ikat jamin RM20,000 bagi setiap tuduhan ditolak oleh Hakim setelah bantahan dikemukan oleh peguamnya Osman Bakar

Hakim M Bakri kemudiannya membenarkan Tor diikat jamin RM5,000 untuk setiap pertuduhan serta menetapkan 23 dan 24 Dis ini untuk perbicaraan.

Sementara di Mahkamah Sesyen yang berlainan, Choong (gambar kanan) dituduh pada 2 Ogos lalu memberikan invois kepada Hashim di pejabat SUK mengenai pembekalan Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19 119.91 melibatkan kereta bernombor pendaftaran TAK 415 yang dikatakan palsu kerana dikatakan tidak ada kotak gear yang digantikan bagi kereta tersebut.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat ikat jamin RM7,000 dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh perbicaraan.


Buletin Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese