Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memberikan kata dua kepada Dollah Badawi, sama ada menerima pertemuan yang diminta oleh PAKATAN atau PAKATAN akan terus bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Tempoh 48 jam diberikan untuk Dollah membuat keputusan sama ada menyerahkan kuasa Kerajaan kepada PAKATAN secara aman atau pun terpaksa melalui penyingkiran yang memalukan melalui titah Yang di-Pertuan.
Tian juga menegaskan bahawa PAKATAN mempunyai yang jumlah ahli parlimen yang cukup, malah lebih daripada 31 ahli parlimen BN sudah bersetuju untuk menyertai PAKATAN.
Dr Hatta Ramli pula mendakwa bahawa Pakatan kini mendapat sokongan daripada 116 ahli parlimen ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.
1 comment:
Dolah hanya sanggup jumpa dengan Cikgu Pa dan Nasha kut ?
Post a Comment