17 September 2008

BN hantar Agong Keluar Negara Untuk Gagalkan PAKATAN

Pada 7-19 September 2008, pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing telah mengambil inisiatif menganjurkan lawatan mengejut ke Taipei, Taiwan. Tindakan ini berakar umbi dari laungan Anwar yang pada mulanya ingin mengumumkan 16 September sebagai tarikh Kerajaan PAKATAN ditubuhkan.

Lawatan 49 ahli parlimen BN ke Taiwan itu adalah langkah terdesak untuk memastikan rancangan penubuhan Kerajaan PAKATAN gagal. Ternyata ia memberikan kesan pada perancangan yang diatur dan Anwar mengambil tindakan menangguhkan tarikh untuk mengumumkan Kerajaan baru.

Terkini Anwar sudah mengirimkan surat temujanji kepada Dollah untuk bertemu bagi membincangkan proses peralihan kuasa agar ianya berjalan secara aman. Dalam masa yang sama, amaran diberikan agar Dollah tidak menolaknya. Seandainya Dollah menolak pelan peralihan yang dikemukakan PAKATAN akan terus bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.

Walaubagaimana pun, timbul kekhuatiran akan sabotaj dari BN dan kroni mereka di Istana Negara. Dalam tempoh 48 jam yang ditetapkan tidak mustahil mereka akan merancang untuk membawa baginda ke luar negara atas alasan program lawatan Ketua Negara.

Apa yang berlaku semasa himpunan Bersih mungkin akan berulang dimana, Baginda tiada di Istana Negara ketika itu.

Walau apa pun yang mereka cuba lakukan sekarang, pastinya Yang di-Pertuan Agong sudah maklum. Baginda juga pasti berminat untuk mengetahui senarai ahli parlimen BN yang berhijrah kepada PAKATAN. Maka keputusan selepas itu adalah ditangan Baginda. Rakyat akan terus menanti dengan penuh debaran.

Pada masa ini, semuanya berkemungkinan. Rakyat diminta bertenang dan tidak terlalu ghairah. Biarlah proses peralihan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dahulu sebelum kita membuat apa-apa reaksi yang la. - HermanSamsudeen

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese